Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Sifar dan tidak.

Kalut rasa diri Tak pernah hilang Ribut rasa pergi Tak pernah gentar Sedari dia rasa getar Sedari dia rasa berputat Lalu putus untuk tak berteman Dari dia dikena hamun Dari dia dikena samun Dia lebih rela untuk; Tak dilamun. Mana pernah percaya, Ada bahagia selepas cinta Ada senyuman selepas bahagia Mana pernah percaya, Tiada sakit dalam bab sama Tiada perit dalam cerita duka. Dia menidakkan Dia menakluk-kan Tiada siapa yg ubah Tiada siapa yg sudi Sendiri membawa diri Ke patri yang sepi Ke jiwa yang sudi Sebab ada satu jiwa; Yang kosong dan sepi Yang lohong dan sombong Sampai lupa Tuhan sentiasa tolong. Pokok nya sifar dan tidak. Posted via Blogaway

Sedikit luahan.

Salam! Sedikit luahan.. Setelah aku tengok moment (wechat) aku. Scroll bawah dan bawah. Kekekek. I found this! Masa ni cakap pasal budak budak ambik result spm tahun 2015. Kuikuikui. Emo aa pasal kolej swasta dan kerajaan masa tu. Ini semuaa hanya persepsi aku saje. Soooono offense! Sorry salah silap.. 👇👇 1) tak bermakna kau dapat semua A, kau akan berjaya. tak bermakna kau takda A, atau A nya tu sikit, kau takleh berjaya. Berjaya atau tak, bukan hak kite nak judge. percaya satu ni je; rezeki ada dimana mana. peluang besar dalam bidang kau pilih, tapi kau tak happy buat apa kan. so chill kepada mereka yg takda A atau A kau tu sikit ke pe. no offense! 2) lagi satu, pasal blaja kat swasta dan kerajaan ni. Cheq nak tegur sikit judgemental orang which is persepsi aku gak dulu ni. Nak kerajaan no matter what. aku bercakap ni bukan sebab aku ni kolej swasta ke pe kan. orang kata kolej swasta "wuuu, kaya boleh ah" "hm, kau boleh ah senang sentiasa. aku mana nak cekau duit

Forgotten.

She forgot that you were her past She forgot that you were a worst person to remember She forgot that you hurt her alot Realized that everything was not alright She came to me and burst You came to me and puzzled And i realized Both of you were my past Why I've strength to face all the shits Shits always be a shit. Farewell 👏 Posted via Blogaway

Sesat dan jaga.

Satu guli untuk diri Untuk belajar segala geri Kau sesat dalam duri Untuk jaga segala beri Kau biar Kau redha Takkan hilang guli memberi Takkan pulang cinta pemberi "Fikir untuk diri sendiri bukan fikir untuk pemikir kendiri" 😏 Posted via Blogaway

Bila dia fikir.

Bila dia fikir; Marah adalah jiwa Sesuai untuk dia Membenci sampai akhir hidup Dendam sampai putus nyawa Bila dia fikir; Sakit yang rosak Jiwa yang kabur Putus yang akhir Tak kering urat Untuk dihayati Tak kering nadi Untuk dimaafi Bila dia fikir, Sia sia segala fikir Sia sia segala tangis Sia sia segala dendam Sia sia segala benci Yang tinggal kasih Walau hanya serpih Walau hanya putih Bila dia fikir, Dia bukan Tuhan Dia bukan sempurna Segala maaf terfikir Segala sindir terpatri Untuk diri sendiri. Posted via Blogaway

Dikelik waktu

Dikayangan waktu tak berkelip Memang satu masa tak terdetik Kisah hiperbola dikelik pelik Kisah beradu yang berputik Hiperbola dalam satu rintis Kayangan waktu yang namanya persis Dua waktu berlapis lapis Tak semudah itu untuk ditapis. Posted via Blogaway

Katup

Dia tak kisahlah Tumpul atau tajam Rumi atau jawi Sangkar atau rumah Caci atau maki Puji dan keji Sebab ada dua pilihan Bahagia atau peria Mulut dan tutup Dia turap untuk katup Moga Tuhan bg dia redup. Posted via Blogaway

Macam.

Bila satu terlihat Sampuk-an asap Kau lesap Bagaimana caranya Untuk kau gilis litar Macam kau capai mimpi; Macamlah boleh Macam lah bagus Macam macam.. Kau hilang Terperosok  bumi Demi kejar susuk rumi Kau sedar Tak perlu budi Demi kejar akar duri; Bahaya. 💁 Posted via Blogaway

Tahu

Tuhan tahu Mereka lagi sakit Tuhan tahu Mereka lagi perit Tuhan tahu Mereka terbeban Maaflah Jadi sang penyusah Maaflah Sampai rasa menyusahkan Maaflah Jadi sang peminta Maaflah Jadi sang dungu setia Tapi Dia tahu, Aku mampu Tapi Dia tahu Hati kuat Tapi Dia tahu Sekelian hati Tapi Dia tahu Segalanya Aku juga tahu Tuhan tahu apa aku buat Aku juga tahu Aku salah Aku celaka Tapi, Aku juga tahu; Aku berhak diberi Beri ruang untuk bicara Beri ruang untuk Tidak dihukum Untuk tidak dikeji; Dengan senang Ringannya mulut manusia Kata aku macam macam Aku tahu, Aku ni dungu Tapi janganlah sampai menghina Aku juga tahu, Setiap apa yang dibuat, Pasti ada sebab Mereka juga kena tahu, Jangan menghina Jangan keji Jangan pandang hina Mereka juga kena tahu Percaya perlu ada Ikhlas segalanya Aku juga kena tahu, Aku siapa Mereka siapa Tak berhak cakap apa Tak berhak tegak benang Aku juga kena tahu Aku perlu buat apa Perlu salah diri Walau diri tak

Baiklah

Runtuh, Berusaha jadi baik Berupaya jadi terbaik Tapi segalanya terik; Terik sebab Semua nya baik Semuanya cerdik Kau sorang; Yang herdik Kau sorang; Yang perit Kau sorang; Yang penyusah Kau mampu cakap Terima kasih, Kau mampu cakap Baiklah, Kau mampu cakap Terimalah. Baiklah.. Posted via Blogaway

Baiklah.

"Kau tak pernah bagi apa apa kat kami, asal sampai nak kena hadiah setimpal tu" "Anak terbuang" Tahniah. Sampai habis zaman sentiasa dia ingat. Tahniah untuk para hakim lagi bijaksana. Baiklah. Posted via Blogaway

Puaka

Terkadang Dia ini tidak serik; Jerit macam puaka Kejam macam buaya Terkadang Diri pelik; Mereka binasa Atau pujangga Terkadang Diri syak; Dia jujur Atau melebur. "Jangan suka kalau menghina, jangan sayang kalau dicaci"- ayat sepanjang zaman diri dia ni ingat 💁😏 Posted via Blogaway

Gini..

Begini; Jangan dipaksa Jangan diredah Jangan suka; Tapi dikuasai Kau siapa Aku siapa Dua caturan Kau menang Aku diam Kau siapa Aku siapa Kau diam Kencang durinya Menang tanpa ikhlas Satu puji terang jelas; Celaka budi Masyur sebendang Ini tak kisah; Siapa dan apa Ini kisah Catur hitam atau putih Semua nya jernih; Samar dan samar Terima kasih. Posted via Blogaway

Dua.

Satu untuk kau langkah Atau kau sangsi Dua benda buat kau bodoh Cinta dan tuli Tapi dua benda bodoh ini Kau ambik dan kau hiba Satu citer untuk tenang Kau lari pastikan pecut Kau nekad pastikan lumat Supaya hati kau selamat; Untuk dijaga dan menjaga. Posted via Blogaway

Satu.

Tak renggang dek zaman Percaya satu; Rezeki itu semua ada Di mana mana Kau di kutub Dia di selatan Kau melangkah Dia pergi Percaturan.. Harap setangkai kering Kontang segala hati Basahkan sang perlu Biar semua diluaskan malu. Posted via Blogaway

Manusia pengecut

Cerita tentang manusia; Si lelaki pengecut, Depan baik Belakang terbalik Depan pendam Belakang geram Segala salah dia terima Yang celaka; Baik macam toyol Jahat macam dodol Kau henyak pun ligat bicara Kau sepak pun satu terasa Jangan risau; Paling celakanya dia Dia akan diam Tak satu butir keluar Tak satu titik terdesak Terdesak perhatian Macam ada segolongan; Manusia pengecut. Nah [玫瑰] Posted via Blogaway

Perahsia

Si perahsia, Dia tahu yang lubuk dalam itu mahal Si perahsia, Dia tahu setiap saat gerakmu itu persis Satu ombak jatuh sampai ke hulu Satu tiup itu buat dia rasa huyung mati Si perahsia itu tutup mulut berjahit Si perahsia itu mohon segala gilap; Cerah mentari gelap diterangi Tahap alpa rindu dinding merah Semerah hati yang kusut. Posted via Blogaway

Bila?

Cerita nya adalah; Bila dan bila? Sebutir dia kata tidak Sekutik dia kata iya Tuhan terus dan terus bagi dia sabar Untuk satu hari itu Untuk semalam nya itu Untuk terus jadi pro ke-tua Tolong; Jangan sulitkan Jangan pulihkan Jangan sendukan Dia taknak; Hati kau Jiwa kau Butir kau; Palsu. Cukup. Posted via Blogaway

Kadang.

Kadang tak semua kena indah Kadang tak semua perlu ubah Ada dua manusia; Faham dan tak faham Ada dua persoalan; Kenapa dan mengapa; Nak kena faham dan nak buat orang faham. Kau siapa Dia siapa Untuk perjelaskan semua benda yang ada. Kau siapa Dia siapa Untuk fahamkan kefahaman sendiri. Posted via Blogaway

Jauh dan dekat

Jauh Aku lihat yang dekat kini jauh Jauh Aku lihat yang jauh semakin hampir Jauh Aku cinta akan debu dia Jauh Aku barai dengan segala hina dia Disebalik sawit mekar Aku fikir bohong durja Disebalik senyum hambar Aku fikir dia dusta Azan didengar aku bahagia Sungguh setiap makna itu Terang terang bersuluh Aku suluh supaya hati ini sedar Tuhan sangat memahami Diri sendiri yang pelik karenah Diri sendiri yang berubah sentiasa. Bukit gambit, 13:03, 241015 Posted via Blogaway

Sungguhlah weh.

Kalau masa boleh menoleh Pasti aku toreh masa itu Kalau hati ada bibir Pasti bibir merintih Kalau akal boleh dipancar Pasti segala keji aku paparkan Kalau kau rasa hiba Aku rasa hina Hina sebab senistanya 'kau' Segala baik kau hitung Segala jahat aku kau rentung Sungguh, Satu pun aku tak kisah Sugguh Sesaat pun aku tak luak Bilik, 01:16 pagi

Percaya

Percaya la satu masa nanti Segala yang pasti akan terjadi Percaya lah, Satu masa nanti segala kau keji Akan kau jilat selazat tak henti Percaya lah, Setiap gaduh kau buat Pasti kau rindu langsung tak terubat Kau keji dia sebanyak mana Segala ribu tahun yang ada, Itu yang kau rindu Dan segala memori kau hitung Kau jumpa untuk ribu yang ada Kau tersentak dan segalanya tergadah Kau cinta kau sayang Dalam hati kau sulam Segala ribuan dulu kau punah Kau patah kau peluk Dan kini kau halal kau genggam Kau benci kau sayang Kau sayang kau keji Kau berharap kau berpaling Kini dan segala lepas tahun Berbeza berubah perasaan Oh, perasannya. Gilap masa, oh mimpi rupanya.

Kipidap

Eventually keep attached with someone you may know alot but actually you're not. Saying that you tried everything to feel fine but actually it's not fine at all. You used to silent a day long but you can't bcs you're not  being yourself. What you can do is stay away. Stay away. Stay away. How could it be?  💁

Lain.

Masa pantas bercakaran sesama sendiri, Tanpa jemu rasa semput Tanpa lesu rasa kerepot Aku kini teliti satu demi satu Setiap inci nya lain Setiap susuk nya lain Setiap watak nya lain Aneh, Iya, aneh lihat semuanya beza Aneh lihat semuanya ada haluan sendiri Diri yang jauh ketinggalan Mereka yang jauh ditinggalkan Mereka yang kian pudar, Pudar dengan rapatnya Sakit dengan kawannya. Aku jugak aneh lihat manusia dulu, Yang rapat kini jauh Yang belangkas kini bekas Yang kekal kini tinggal. Aku juga aneh dengan perasaan sendiri Perasaan celaka jelam jelum Perasaan celaka yang kian keliru Aku kira ni semua normal Aku kira ni semua caturan bumi. Bumi kian tua Masa je tak pernah tua Sebab tu sering gerak laju Apa semua tak dapat Tak dapat dikejar apa yang dimahu Tak dapat dikira apa yang dipijak Tak dapat rasa satu lelah Apa yang dicangkir hati. Fuh hati tak tenang Hati gundah sana sini Langsung tak baik Diri langsung tak baik Kekal sama dungu yang dulu Te

Rasa sampah

Terkadang setiap saat kau rasa Itu lah future kau Terkadang setiap benci kau rasa Itu lah tamat rasa Terkadang setiap apa yang menimpa Itu lah hikmah kau Kau tak boleh deny semua benda Kau tak boleh rasa semua orang sama Kau tak boleh pendam semua duka Sebab setiap skala pasti sama Waktu itu dipersetankan sekejap je Waktu tu kau diam tak berkutik Waktu tu rasa segala nya berdesing Celaka segalanya Celaka lelaki itu Celaka segala saat kau nikmat Rasanya cukup luak Rasanya cukup sesak Sampai kau rasa toreh nadi sendiri Sampai kau rasa kau sendiri yang malapetaka Takpa, tuhan tahu segalanya Tuhan tau apa aku rasa Tuhan maha pengubat duka Tuhan sangat baik dengan kita semua. Salam!

Hai sebenarnya..

Aku tak tau sampai bila Aku tak tau bila semua ni nak blah Aku tak tau sejak bila Tapi aku cuma tau, semua tu tak lekat Aku tau semua tu bodoh Aku tau semua tu sekejap Ah, semua ni perasaan durjana Walau sehalus titik Walau hati bagi ikhlas Bagi ruang Mohon sekejap haba ruang Mohon sekejap semua ni hapus Kadang lelah jugak Ah, persetankan sekejap itu.

7 dalam 1. Ha apa rasa?

Kadang semua yang indah di mata, iya hanya di mata. Bahagia bukan terpancarnya di mata. Tapi hati. Senyum tak bermakna bahagia tapi itu ubat juga. Ubat? Ubat untuk strives level seterusnya. Strives untuk sabar seterusnya. Kenapa? Sebab semua orang ada masalah. Cuma yang bezanya setiap sorang itu macam mana mereka hadap masalah. Yang teruk, yang takda perasaan, yang emo nak mampss, yang bahagia separuh masak. Ha apa lagi aku nak list kan. Sebab manusia ini berbeza beza. Bak kata orang rambut sama hitam tp hati lain lain. Hiwhiw. Kenapa lately aku asyik emosi. Sebab emosi dengan diri sendiri. Nak kata emosi sebab bulan mentari, hm entahlah. Typical aimi mastura mmg sentiasa emo.  well ati knows me well! Kuikui. Since tomorrow dah ahad dan aku tak buat lagi assignment yang utk di present utk hari isnin nanti. Ya ampun malas dia. yes, salah satu sebab I've bought few books. And more future comes  kekekekekekekekek. But atleast i bought books wehh. Not some stuff yang aku rasa takkan

Baiklah. Maaf.

Aku pening dengan segala pijakan Apa aku sorang je yang salah? Apa aku sorang je yang celaka? Apa aku sorang je yang kurang ajar? Apa aku sorang je yang bencana? Segala caci aku cerna Segala maki aku hadam Segala kutuk aku pendam Apa tak cukup aku buat? Apa aku tak boleh bercakap? Apa aku takda maruah? Apa aku tak layak dimata semua? Apa aku layak dimaki saja? Sungguh, aku penat Penat dengan lakonan Penat dengan bicara binasa Penat dengan cakap kosong Penat dengan janji laknat Paling tidak pun terjemahlah aku ni manusia Paling tidak pun tahulah aku ni ada  perasaan Paling tidak pun jangan lah kurang ajar Paling tidak kau benci aku pun, cakap biar bijak Jangan sebab kau tua umur, kau boleh cakap caci maki tanpa usul Jangan sebab kau tua diri, kau boleh buat apa je Aku tau aku cuma menumpang Aku tau aku banyak susahkan orang Aku tau aku banyak salah silap Aku tau aku ni terlalu kurang ajar Paling tidak pun tanyalah kenapa aku jadi macam ni Paling tidak pun ja

Ujian.

Syukur segala gembira Syukur segala sedih Syukur segala perit Syukur segala pedih Eh, ini bagi kau sedar Sedar baik nya si Dia Sentiasa baik Sampai kau rasa senang Tapi -- kau tak pernah korek mata Tak pernah sedar diri Bodoh sombong Bongkak Patut dipenggal separuh Patut tidak senonong Dia beri segalanya Dia beri segala kuat Dia teman segala saat Dia beri segala kau mampu Allahu, Kau peneman sedih suka aku Mana tidaknya, Setiap duka aku dapat, Kau bahagiakan aku dengan kekuatan dan ketenangan kau beri Seperti hari ini, Mungkin ini ujian untuk kau bangun Bangun dari tidur yang panjang Jangan sentiasa lanjang senang Seperti kacang dan haruan Sedarlah Kau bukan sentiasa bahagia Sedarlah Kau bukan sentiasa suka Sedarlah Setiap nista setiap saat Tuhan boleh ambik semuanya Sedarlah Tuhan dah bagi kau secukupnya. Iya, sedih dengan diri sediri Tak mampu fikir Tak mampu cerna Apa yang dah dipijak Apa yang dah dikesatkan Sedar Sedar Sedar. Salam! 😢

Percikan titis peluh.

Setelah meredah segala lalang Setelah puji segala sawah Bendang sana sini Pusing kesana ke mari Aku kesat kaki Biar segala sakit pergi Aku kesat tangan Biar segala lancar Aha, aku bertindak sebagai pemerhati Pemerhati sang gadis obses tinggi Iya, berjiwa bumi berbadan lidi Aku pelik dengan kepenatan dia bagai tiada Dari selatan ke utara Dari hujung titik sudah sampai ke hujung bentuk Dari segala renang hingga ke segala paksi bukit Terima kasih kepada penduduk bumi Terima kasih si Dia yang tak putus beri tolong yang cukup Terima kasih si Dia yang beri segala kuat Kalau kalau sakit hingga ke penghujung tulang Kalau kalau sakit hingga penghujung lali Tetap jua terima kasih tak pernah luak Segala pahit itu manis jika segala dibuang ke mimpi. Salam! - Langkawi -

Lima dan lapan.

Hari yang tiga yang panjang Aku sulur dan mulur Aku teroka dan merekah Ku cari biar punah Syukur, semua jiwa tersemat. Lagi satu lidi menjalar Cari dimana elok Oh eloknya setiap nista Moga setiap esok dipancar lancar. Dipanggil panggil tawa Dipunggah punggah hiba Disana mahu cari apa adanya aman Sempena jiwa suka duka lima dan lapan. Kita sangka biar baik Kita sangka biar jujur Kita sangka biar cantik Sebab Dia yang beri segala baik. Salam! Ps: Fuhh, menanti hari esok. moga semua lancar. Dah lah bawak byk beg. Huwaaa. Nyesal nyesal. Bukan bag roda lak tuu 😦😦

Campur.

Pergi sana,kawan Pergi sini, kawan Dua arah aluran angin Terpaksa kau redah Hujan kilat sambung Tanah debu kembung. Iya, setiap bodoh terima Iya, setiap lahanat perangai terima Iya, setiap budi terima Sampai satu tahap paling atas Kau biar kau duduk bahagia. Bahagia? Bahagiakah pedajalkan rasa Bahagiakah perasaan diolah Siapa yang berani pindah Iya, Tuhan tu baik Dia mampu buat segala benda Rasa Campuran. Ah, jiwa kacau Ah kecamuk Ah biar Mampu aku biar.

Aku cabul.

Kelam malam aku tatap Riuhan tayar berguling senang Menuju ke perwira sana. Satu dua bintang timbul Aku berkira mereka menari Sungguh tandusnya tanah Sungguh lelah nya bumi Menelan segala pijak Menahan segala asakan. Aku gali segala tenang Aku cabul segala susah Yang dapat batu gelisah Yang dapat selongkang resah. Ah, mana damainya bumi Ah, mana aman nya kita Tuhan, hanya Dia yang tahu Dia bagi kita tenang Dia bagi kita segala elok. Oh, baiknya Tuhan Kita gerudi segala tanya Tanpa dirasa, Segala tanya ada depan mata Kau bodoh tuli mata Tak sedar segala syukur kau dapat Sedar, diri Sedar.

Pendam.

Setelah segala tahun dirobek Setelah segala hari kita belek Setelah setiap saat kita pijak Kau pendam kau rasa Kau lihat kau dengar. Kau manusia, tiada rimbun Kau manusia, tiada embun Melimpah dalam naluri urat kau Kesana sini dihenyak dendam Kesana sini ditimbun duka. Kisah jepun mula berawang Segala cacian di amah mulut Kau rasa tanpa dipaksa Kau hujan tanpa berhenti. Pelik di setiap benci itu Melankolik sentiasa ada dibawa kaki Bukankah pada aku rasa itu? Bukankah aku yang perlu? Perlukah aku berlari mengejar? Mengejar halusinasi pendendam setia. Sungguh, tak rela Dibawa kain kain pepejal Dibawa oleh kekasih kebal Buang lah kau wahai perasa Biar semua dibawa rintihan. Salam!

Mencari.

Aku ngorak langkah Setiap titis air Setiap butir pasir Setiap langkah pijak Minda senista gila Aku lari dari golakan hati Aku pecut mengejar diri Diri yang kian punah harapannya Diri yang kian pudar serinya Iya, manusia terbang hinanya Iya, manusia hebat bicaranya Iya, mereka keliru. Pecutan terakhir rombak buminya Pecutan gelora, ombak padah nya. Haha, gelak keliru. Haha, gelak perindu. Moga semua dilindungi Moga semua disayangi.

Kawan sila kuat.

Beribu tendangan tajam Dicekam sungguh tak tenteram Aku dengar aku sedih aku geram Yang kena hanya kau seorang Segala adil dibuang buruh Segala tanya sekosong tin yang buruk Abdomen rasa lemah gemalai Hujan merintik kejam Sedih berlalu aduh lambatnya Kau cakar segala hati yang didalam sana Kau cakar diri biar semua tahu Tahu kau wujud di mata dunia Tahu kau sakit dirasa sepi Tahu kau berapi darah di mata Kawan, kau kuat kau hero Kawan, kau benar, Dia tahu. Si dia tipu kau senyap kau tidur Si dia tipu kau gelak sehambur galak. Ada satu cerita benar Ada satu keadilan Ada satu celoteh Ada satu prasangka Cuma yang tahu Dia yg beri kasih. Salam!

Dendam.

Dia carik carik hati Dia robek segala bahagia Dia turutkan segala kejam Dia kejam. Aku benar aku siang, Aku sakit aku marah Derhaka tak punah Derhaka biar musnah Serakah jiwa serakah hati Simpan sejuta tak kira Eh kau ingat diri itu apa Bila semua boleh dikejar Eh kau ingat kau tuhan Tahu segalanya Eh kau baru sedar Eh aku pun sedar Kita manusia. Elak segala perit Musnah segala dendam Mohon kau kuat Mohon aku juang Mohon kau riang Mohon aku girang.

Dia baik.

Pembiasan sakit merebak Serba salah diolah jua Ku sedar kini masanya Bingung segala reput di sana Bila semuanya baik Jahat jauh sekali dirasa Binasa rasa, binasa tenang Kau olahkan ia biar jadi tenang Tapi dia tolak mentah berangin Kerna dia bisa tutur santun Kerna dia biasa tutur maaf baiknya.

Golakan.

Serasanya kian rimbun Malam gelap darahnya Segerombolan cinta semburannya, Kasih tak dalam, tidak. Puisi dicoret senang Tanpa kasih tanpa sedih Dibuang buaya tidak kejam Sisih merana dititip kelam Celoteh keji jatuh segala Sendu hujan kian merintik Takpa, Dia tahu Diri kuat, diri mampu. Jentik senista tak dirasa Kerna diri bersiap sedia Kasih dibuang, sayangnya ada Takpa, kasih Dia nilai segala. Salam!

Noktah.

Noktah terjalinnya rasa Perasaan tak punah pudar Terjalin sekelumit itu Kau tidakkan. Yang sana dicari, Yang dekat kau pergi, Bila dua kesini, Semua hancur gari. Lupa senista payah, Payah juga bangun dan kuat Kau mohon kuat, pasti Dia beri. Dia yang sentiasa beri kasih. Kuat setiap duri, Gagah setiap tusuk, Noktah segala jalinan, Noktah juga perasaan ni.

Hatred.

Tak semua perlu diluah, Mata hati lebih memihak, Hati luluh tak kemana, Kerna sabar itu dimana mana, Bila tau itu benar, Segala di hati palsu semata mata, Bila rasa kian pudar, Dia gigih mencari indah. Cinta Dia kian setia, Tak pernah hilang, Tak pernah pudar. Dahulu Dia setajamnya ada, Segala yang lain, semua tersedia. Moga Dia bagi kau kuat, Moga kau terus bahagia, Juga hati yang lara.. Salam!

Rasanya.

Salam! Syukur, harini miss dah proceed assignments photography gua. Mujur diterima. Aku sesungguhnya dah malas dah buat. Tiga hari berturut turut terpacak kat highway. Finally, hantar jugak. Phew~ 😎💃 Dah habis exam. Dah hantar assignment. Dah register untuk sem baru. Ya ampunn nervous ea. Tak tau laa apa jadi sem depan. Cepat sungguh masa berlalu lalu yekk. Dah masuk sem 5. Means that lagi 3 sem utk ke final sem. Lagi aku cuak woi! Hahahahahha.😣 Aku serious tatau apa jadi. Redha tahap nyawa ikan buntal. Hm. Takpa, percaya pada kasih sayang Dia. Yang bagi kuat pun Dia. Yang bagi segala galanya Dia. Jangan judge dulu. Go aimi! 💃 Sekian.. Ps: thanks kepada mereka yg bantu group kami dengan ajar cane tangkap gambar segala bagai. Sungguh, Allah je dapat balas. Thanks syawal! We owed you bro.. 😀😀😀💕

Final

Salam! Harini last exam. Moga Allah permudahkan. Doa yg baik baik saje. Neveshhh. Hmm assignment photography masih belum hantar. Semalam register utk sem depan. Apa barai bila tengok subject sem depan. Pehhh wa cakap lu. Pishang dan segala buah buahan aku nak sebut. Takpa, moga Tuhan bagi aku sabar dan kuat. Berhuhuhu aku semalam. Sekian. Ps: kadang Dia bagi ujian yg tepat utk bagi kita sedar. Kadang juga kegembiraan tu salah satu dugaan. 😀

Perubahan

Salam! Perubahan dari segi sikap  memang susah nak ubah. Aku ngaku tu. Kita nak suruh orang berubah, kita sendiri kena ubah sebab mana tau bila kita ubah, dia pun nak berubah. Jangan marah marah. Tempatkan diri awak kat orang yang selalu kena marah. Sah sah dia stress. Awak ingat dia nak berubah. Tegur cara baik kan boleh. Kawan memang kawan. Tapi jangan melebih lebih. Dia ada hak dia utk bersuara walaupun dia tu jenis tak bercakap. Enough said.. Sabarlah semua. Sabarlah diri. Sekian..

Kurang ajar

"Kurang ajar" bukan je utk orang muda. Orang tua juga kena noted. Everyone needs a respect. You don't know how to respect people, then how people can respect you easily. Quoter said life is simple so why not you live as that simple quote. Sama sama adil kan. Memang setiap masa orang yang lebih tua ni tak buat silap ke. Memang setiap masa orang yg lebih muda ni sentiasa buat silap ke. Betul, mintak maaf tak bermakna kita kalah. Atleast give us some respect. Tapi tu lah, apabila semua fikir mereka betul tanpa fikir perasaan orang lain dan memenangkan mereka itu sebab mereka hanya mendengar bukan selidik dengan benar. Yelah. Baiklah. Akur dengan typical thinking orang orang sediakala. Dan apabila mereka dengar ini semua mungkin ada sesetengah mereka kata "budak tak matang nak tulis macam ni" "budak budak pun masih nak tulis macam ni" "jaga sikit bahasa, respect aku ni haa" "fikir tu jauh sikit" hm.. Yeah right... Fikir jauh sikit denga