Skip to main content

Tahu

Tuhan tahu
Mereka lagi sakit
Tuhan tahu
Mereka lagi perit
Tuhan tahu
Mereka terbeban

Maaflah
Jadi sang penyusah
Maaflah
Sampai rasa menyusahkan
Maaflah
Jadi sang peminta
Maaflah
Jadi sang dungu setia

Tapi Dia tahu,
Aku mampu
Tapi Dia tahu
Hati kuat
Tapi Dia tahu
Sekelian hati
Tapi Dia tahu
Segalanya

Aku juga tahu
Tuhan tahu apa aku buat
Aku juga tahu
Aku salah
Aku celaka

Tapi,
Aku juga tahu;
Aku berhak diberi
Beri ruang untuk bicara
Beri ruang untuk
Tidak dihukum
Untuk tidak dikeji;
Dengan senang
Ringannya mulut manusia
Kata aku macam macam

Aku tahu,
Aku ni dungu
Tapi janganlah sampai menghina
Aku juga tahu,
Setiap apa yang dibuat,
Pasti ada sebab

Mereka juga kena tahu,
Jangan menghina
Jangan keji
Jangan pandang hina

Mereka juga kena tahu
Percaya perlu ada
Ikhlas segalanya

Aku juga kena tahu,
Aku siapa
Mereka siapa
Tak berhak cakap apa
Tak berhak tegak benang

Aku juga kena tahu
Aku perlu buat apa
Perlu salah diri
Walau diri tak bersalah
Walau diri tak buat
Apa mereka fikir

Takpalah,
Memang sedar,
Anak terakhir
Memang selalu salah
Anak lain sentiasa benar

Takpalah,
Memang sedar,
Yang muda sentiasa salah
Yang tua sentiasa benar

Takpalah,
Memang sedar
Yang muda tak boleh telagah,
Yang tua boleh menelagah

Takpalah,
Memang sedar,
Yang muda tak boleh menjawab
Yang tua boleh menjawab

Apa mereka dapat bezakan;
Menjawab dan menegakkan?
Apa mereka rasa yang sama?
Apa mereka penah bertanya
Puncanya apa
Atau
Salah atau benar?
Atau
Salah dan salah?

Takpa, Tuhan tahu segalanya
Takpa, aku tunjalkan jari
Aku salah dan salah
Dan memang sejak azali
Salah dan salah itu tepat.

Tepuk sekali.


Comments

Popular posts from this blog

Meaning? =)

hye ! lets talk about friend. kawan. sahabat. tadi tengok cerita Genersi Y. Kawan dengan Khawin adalah perkara berbeza. amboi. sudah2 lah tu bermadah. sudah2 lah tu merindukan seseorang yang tak pernah serupa perasaan dengan anda. apesal pulak aku terasa ni. kbai. Lets begin le' story..... Mun nama diberi. amboi. dah lah takda mood nak buat pantun ni. gahaha. walaupun aku baru kenal kau tahun ni, kita mcm dah lama kenal kan? muahaha. ingat tak kita main hujan haritu? yess, i'm stress out masa tu. bila dah dapat mandi hujan mcm semua masalah dah takda. kau dengar cerita aku, aku dengar dua kali ganda cerita kau. pasal budak itu, i'm sure you could be fine without him. seriously. =) Mien. kau kau dan kau. kau dengar semuaaaaaaaaaaaaaaaaa masalah aku. kesian kau kena dengar. kau sorang je tahu pasal siapa yg aku benci. kau sorang je tahu apa yg aku rasa. kau sorang je tahu siapa John Lennon aku. Aummmmmm. pehal aku nak nangis ni woii. gahahaha. Btw, aku ...

Tolonglah.

Dendam si abdi, Kesumat tak pendam, Tak larut de air, Tak hapus dek batu, Butir maaf kosong durja, Selagi itu masih harung, Abdi cuba kesumatnya, Telan pil pelupa, Untuk terus alpa, Bilang garis halus, Hilang pelupus, Kerna kosong makna, --Cuba lupa Tolonglah..

best-friend engagement.

aku tidak pernah menyangka ini berlaku secepat angin. aku sedih ibarat petir merampas kebahagiaan aku dan dia yg mulai nak bahagia. padahal dia juga sewajarnya bahagia. aku ingin dia bahagia tp bukan dengan cara berkahwin dan pergi ke arah sana. tp aku harus berpijak dunia yg nyata. In-denial process is hard, sehingga sekarang aku asyik mencari peluang utk melupakan dan membenarkan segalanya.. sampai aku rasa rimas, semua orang perlu dan pasti memerlukan sahabat mereka yg lain utk keluar dengan kami, tp itu pasti, itu hak nya. aku sahaja, aku sahaja yang terlebih dan mungkin aku rasa tercabar. bukan kerana dia bahagia. aku bahagia dia bahagia sampai syurga tp aku sedih apabila dia seolah pergi meninggalkan aku. lalu seeloknya semua overthinking aku terus melarat hingga kesudahan...  ah, i should stop and moving forward, aku harus bahagia utk diri aku. bahagia kan diri sendiri. teruskan sayangi dirimu...