Skip to main content

Percikan titis peluh.

Setelah meredah segala lalang
Setelah puji segala sawah
Bendang sana sini
Pusing kesana ke mari

Aku kesat kaki
Biar segala sakit pergi
Aku kesat tangan
Biar segala lancar

Aha, aku bertindak sebagai pemerhati
Pemerhati sang gadis obses tinggi
Iya, berjiwa bumi berbadan lidi
Aku pelik dengan kepenatan dia bagai tiada

Dari selatan ke utara
Dari hujung titik sudah sampai ke hujung bentuk
Dari segala renang hingga ke segala paksi bukit

Terima kasih kepada penduduk bumi
Terima kasih si Dia yang tak putus beri tolong yang cukup
Terima kasih si Dia yang beri segala kuat

Kalau kalau sakit hingga ke penghujung tulang
Kalau kalau sakit hingga penghujung lali
Tetap jua terima kasih tak pernah luak
Segala pahit itu manis jika segala dibuang ke mimpi.

Salam!

- Langkawi -


Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih.

Salam dan heyyo ! biar rock sikit memalam ni. hikk. Terima kasih Allah. Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Terima kasih kakak kakakku. Terima kasih semua ahli keluargaku. Terima kasih semua rakan rakanku. Terima kasih semua. Walaupun nadanya macam tengah buat ucapan perkahwinan Penguin dan Anjing laut jantan, tapi aku ikhlas dengan setiap patah yang aku cuba tuliskan disini. Aku manusia biasa. Aku sentiasa, setiap saat buat salah. Jadi semua, Maafkan aku kalau ada salah silap. Terngumpat, Terhina, Terkeji, Terkasar bahasa, Terguris hati. Segala galanya. Maafkan aku kalian. Maafkan aku. Aku insan biasa. Aku manusia lemah. Hmm, ayat di atas mungkin ayat ombak rindu sikit. tapi ikhlas di hati silalah menjiwainya walaupun macam jiwang sikit. hikk. mukadimah yang sangat panjang yer tak. saje, nak bagi cikgu nampak. hikk. Doa kan aku sentiasa suceed dalam SPM dan hidup yang mendatang, Aminn, Terima kasih bagi sesiapa yg wish. Sekian saje. Assalamualaikum. May Allah bless. piece !

dikala.

Dikala semua tertanya dimana kepergian ku yang dahulu. juga aku tertanya diri aku ini sebenarnya yang mana. adakah aku benar atau aku ini yg salah sebenarnya? biarkan aku dilapuk zaman tanpa ada yang sedar aku juga wujud. bercerita berdua bersama kawan ku, dikala aku kecil hingga dewasa yang mana, semua memilih rupa dan kerana pembesaran itu juga aku menjadi seperti mereka padahal, aku tidak sepatutnya begitu. jadi itu persoalan aku, adakah aku benar atayu hanya memalsu kan keadaan. cakap soal hati, lama juga aku kaburkan diri dari bertanyakan soal itu tapi ada ura ura mimpi yang sering datang malah macam boleh merasainya sendiri. aku bingung. mungkin setan semata bak kata kakak ku? siapa pun dia harapnya dia ada common sense dan ada sabar yang tinggi. mungkin boleh mundur kan setan dalam diri aku? mungkin. ok sekian!

Dia

Dia keliru utk patahkan sayap, Padahal dia boleh pasang semula; Utk tak goyah, Utk tak punah. Dia takut untuk membawa sendiri, Padahal dia boleh untuk berjalan perlahan, Supaya; Tak rapuh dan bersedia, Tak takut dan sentiasa deria. Konklusi; dia sangat rapuh tapi dia tahu dia ada penguat iaitu Dia.