Kalut rasa diri
Tak pernah hilang
Ribut rasa pergi
Tak pernah gentar
Sedari dia rasa getar
Sedari dia rasa berputat
Lalu putus untuk tak berteman
Dari dia dikena hamun
Dari dia dikena samun
Dia lebih rela untuk;
Tak dilamun.
Mana pernah percaya,
Ada bahagia selepas cinta
Ada senyuman selepas bahagia
Mana pernah percaya,
Tiada sakit dalam bab sama
Tiada perit dalam cerita duka.
Dia menidakkan
Dia menakluk-kan
Tiada siapa yg ubah
Tiada siapa yg sudi
Sendiri membawa diri
Ke patri yang sepi
Ke jiwa yang sudi
Sebab ada satu jiwa;
Yang kosong dan sepi
Yang lohong dan sombong
Sampai lupa Tuhan sentiasa tolong.
Pokok nya sifar dan tidak.
Posted via Blogaway
Ada dua; Sirih atau pedih? Ada dua; Pisau atau pulau? Ada dua; Hangus atau mampus? Selamat bentukkan keadaan, manusia bijak.
Comments
Post a Comment