Bila dia fikir;
Marah adalah jiwa
Sesuai untuk dia
Membenci sampai akhir hidup
Dendam sampai putus nyawa
Bila dia fikir;
Sakit yang rosak
Jiwa yang kabur
Putus yang akhir
Tak kering urat
Untuk dihayati
Tak kering nadi
Untuk dimaafi
Bila dia fikir,
Sia sia segala fikir
Sia sia segala tangis
Sia sia segala dendam
Sia sia segala benci
Yang tinggal kasih
Walau hanya serpih
Walau hanya putih
Bila dia fikir,
Dia bukan Tuhan
Dia bukan sempurna
Segala maaf terfikir
Segala sindir terpatri
Untuk diri sendiri.
people, aku tengah dalam rencana banyak nya kerja. yang tidak kesudahan sampai tidak ketahuan mahu mula yang mana. padahal, hantar nya dua minggu lagi. yang aku perlu buat 70 halaman yang perlu aku kerah keringat otakku untuk berfikir. bukan tu je, aku juga perlu design sebanyak hal benda benda interaktif untuk game, malah coding lagi. itu juga perlu dihantar. report interactive kena dipulangkan. oh ya, advertising ku ku minggu depan sudah kena present padahal apa yang siap. huwawa. aku buat malah ngantuk. ngantuk ngantuk. bodohnya. yang lain aku tengok dah mulai buat dan aku bingung betapa mereka pandai. huwa!!!!!! tolongin aku ya allah.
Comments
Post a Comment