Kalut rasa diri
Tak pernah hilang
Ribut rasa pergi
Tak pernah gentar
Sedari dia rasa getar
Sedari dia rasa berputat
Lalu putus untuk tak berteman
Dari dia dikena hamun
Dari dia dikena samun
Dia lebih rela untuk;
Tak dilamun.
Mana pernah percaya,
Ada bahagia selepas cinta
Ada senyuman selepas bahagia
Mana pernah percaya,
Tiada sakit dalam bab sama
Tiada perit dalam cerita duka.
Dia menidakkan
Dia menakluk-kan
Tiada siapa yg ubah
Tiada siapa yg sudi
Sendiri membawa diri
Ke patri yang sepi
Ke jiwa yang sudi
Sebab ada satu jiwa;
Yang kosong dan sepi
Yang lohong dan sombong
Sampai lupa Tuhan sentiasa tolong.
Pokok nya sifar dan tidak.
Posted via Blogaway
aku asyik mencari satu yang kekal yg pasti depan mata tak berpanjangan... aku break dengan perasaan aku sendiri takut melarat berlebihan. aku yang ingin beredar di perasaan ku yang lama hanya aku menunggu dan aku malas utk menakuk lebih lama nanti aku sakit. sakit yang pedih kerna aku seorang sahaja yg mengerti. kalau dibicarakan sekalipun, tidak ada yang memahami mengapa mungkin aku sendiri yang tidak ingin melarat. bahaya. aku berhenti utk melayang jauh ke paksi sana untuk aku sentiasa segar di dunia yang nyata. sesuatu yang sempurna itu tidak ada, tp di mata engkau terlalu bahagia utk aku rasa benda yang sama. mungkin kita mempunyai dua dunia berbeda atau mungkin aku berperasaan sendiri sendiri tapi mata tidak boleh menipu dan hati kita setuju utk bersama; walhal hanya di alam maya yang bukan nyata sungguh. Bahagia? pasti tapi sebentar.. sedetik dua, aku sedar.. oh.. bukan nyata bukan realiti. maka dengan itu aku pergi. biar aku bahagia utk aku. terjangkau memori lama yang hanya ora...
Comments
Post a Comment