Skip to main content

Pendam.

Setelah segala tahun dirobek
Setelah segala hari kita belek
Setelah setiap saat kita pijak
Kau pendam kau rasa
Kau lihat kau dengar.

Kau manusia, tiada rimbun
Kau manusia, tiada embun
Melimpah dalam naluri urat kau
Kesana sini dihenyak dendam
Kesana sini ditimbun duka.

Kisah jepun mula berawang
Segala cacian di amah mulut
Kau rasa tanpa dipaksa
Kau hujan tanpa berhenti.

Pelik di setiap benci itu
Melankolik sentiasa ada dibawa kaki
Bukankah pada aku rasa itu?
Bukankah aku yang perlu?
Perlukah aku berlari mengejar?
Mengejar halusinasi pendendam setia.

Sungguh, tak rela
Dibawa kain kain pepejal
Dibawa oleh kekasih kebal
Buang lah kau wahai perasa
Biar semua dibawa rintihan.

Salam!

Comments

Popular posts from this blog

Seronok

seronok, tapi kau tau akibat dia, seronok, tapi kau tau makna dia, seronok, tapi kau tau benda yg seronok takkan kena dalam hidup kau, seronok, sebab kau tau perasaan kau, seronok, sebab kau tau akal dan hati sekarang tak sehaluan, seronok, sebab hati sedang sedih dengan benda yg takkan berlaku... Posted via Blogaway

Terima kasih.

Salam dan heyyo ! biar rock sikit memalam ni. hikk. Terima kasih Allah. Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Terima kasih kakak kakakku. Terima kasih semua ahli keluargaku. Terima kasih semua rakan rakanku. Terima kasih semua. Walaupun nadanya macam tengah buat ucapan perkahwinan Penguin dan Anjing laut jantan, tapi aku ikhlas dengan setiap patah yang aku cuba tuliskan disini. Aku manusia biasa. Aku sentiasa, setiap saat buat salah. Jadi semua, Maafkan aku kalau ada salah silap. Terngumpat, Terhina, Terkeji, Terkasar bahasa, Terguris hati. Segala galanya. Maafkan aku kalian. Maafkan aku. Aku insan biasa. Aku manusia lemah. Hmm, ayat di atas mungkin ayat ombak rindu sikit. tapi ikhlas di hati silalah menjiwainya walaupun macam jiwang sikit. hikk. mukadimah yang sangat panjang yer tak. saje, nak bagi cikgu nampak. hikk. Doa kan aku sentiasa suceed dalam SPM dan hidup yang mendatang, Aminn, Terima kasih bagi sesiapa yg wish. Sekian saje. Assalamualaikum. May Allah bless. piece !...

Sifar dan tidak.

Kalut rasa diri Tak pernah hilang Ribut rasa pergi Tak pernah gentar Sedari dia rasa getar Sedari dia rasa berputat Lalu putus untuk tak berteman Dari dia dikena hamun Dari dia dikena samun Dia lebih rela untuk; Tak dilamun. Mana pernah percaya, Ada bahagia selepas cinta Ada senyuman selepas bahagia Mana pernah percaya, Tiada sakit dalam bab sama Tiada perit dalam cerita duka. Dia menidakkan Dia menakluk-kan Tiada siapa yg ubah Tiada siapa yg sudi Sendiri membawa diri Ke patri yang sepi Ke jiwa yang sudi Sebab ada satu jiwa; Yang kosong dan sepi Yang lohong dan sombong Sampai lupa Tuhan sentiasa tolong. Pokok nya sifar dan tidak. Posted via Blogaway