Beribu tendangan tajam
Dicekam sungguh tak tenteram
Aku dengar aku sedih aku geram
Yang kena hanya kau seorang
Segala adil dibuang buruh
Segala tanya sekosong tin yang buruk
Abdomen rasa lemah gemalai
Hujan merintik kejam
Sedih berlalu aduh lambatnya
Kau cakar segala hati yang didalam sana
Kau cakar diri biar semua tahu
Tahu kau wujud di mata dunia
Tahu kau sakit dirasa sepi
Tahu kau berapi darah di mata
Kawan, kau kuat kau hero
Kawan, kau benar, Dia tahu.
Si dia tipu kau senyap kau tidur
Si dia tipu kau gelak sehambur galak.
Ada satu cerita benar
Ada satu keadilan
Ada satu celoteh
Ada satu prasangka
Cuma yang tahu Dia yg beri kasih.
Salam!
Comments
Post a Comment