Skip to main content

Posts

You.

aku tak tahu sampai bila perasaan ini berakhir, tapi perasaan ini buat aku rasa bahagia. jarang sekali aku merasakan perasaan ini, biarlah aku menyelami perasaan ini sendiri. Dengan perasaan ini, aku mempunyai pelbagai sudut watak yang berbeza yang aku rasa aku baru kenali. aku menjadi budak budak yang hanya tengok gambar, jadi periang macam tiada hari esok. yang mana, bila dia tegur aku, dalam hati aku berbunga gembira. yang mana, bila dia berada dekat dengan aku, hati tak tenteram duduk bersimpuh. yang mana, bila aku terserempak di mana mana, aku nak menyorok di setiap penjuru bangunan sebab tak pakai tudung yang proper, dan itu buat aku berlari laju secara automatik tetapi disedari semua orang. I cant hide my smiles in front of my close friends which i dont know how to express my feelings. expressing my feelings is not my favorite things to do since i was born, tetapi untuk hari ini, ketika ini, aku jadi tak reti untuk sembunyikan perasaan tersebut. Which, i know dia ada manusia yan...

Fasa baru

tak penat untuk aku ulang setiap masa, menjadi dewasa sangat penat. bahagia bila semua perasaan bersatu. rasa celaka bila semuanya bubar. menjadi satu keanehan aku berasa macam macam dalam hati jiwa. sepertinya aku keliru dengan hal hal perasaan. contoh, adakah perasaan itu kekal dan pasti? adakah dia yang aku nanti? adakah fasa ini memang semua nya kena tempuhi? begitu sulitkah kita menjadi pasti? supaya manusia lain setuju dengan kita, supaya yang lain jadi saksi antara kita. terlalu banyak percaturan hidup dalam benak otak tapi satu pun tidak terkeluar. pengecut. semakin hari semakin banyak yang perlu tahu, walhal, aku ni, satu apa pun tak tau. berbanding dengan kawan kawan ku, mereka semua handal dan bijak. aku ini satu pun mahu tanya ibarat tidak belajar apa apa. dari dulu aku mempersoalkan, apa yang aku lebih dan tidak. tapi banyak nya tidak lebih. HAH! Hari mendatang dan berlepas, aku pindah rumah baru. Tak tinggal di residen lagi. semuanya urus sendiri. permulaan yang san...

terasa mahu beredar.

Jika mahu tanyakan aku, aku mahu beredar di saat ini. Aku rasa semak di hati, di segenap perasaan. Aku merasakan ada yang tak benar dan aku tak mahukan perasaan itu. Aku lelah dengan diri sendiri. Aku rimas. Tak semua yang ada sama seperti aku atau mungkin aku sahaja yang pelik dan tak seperti mereka di luar sana atau aku yang tak membenarkan perasaan ini jejak di sekitar sanubari. Rasa hening, rasa nyaman tidak bersepadu, tak bersekongkol, tidak sejiwa. Aku berani kerana tidak benar untuk saat ini. Haih, aku nak apa sebenarnya? Susahnya jadi dewasa. Mahu kepikiran di setiap raga. Sedang akal mahu yang lain dan tiada rasa. Boleh atau tidak aku beredar? Lari untuk semua untuk diri sendiri. Dikatakan pula, aku lari dari masalah. Adakah benar? Mungkin iya, mungkin tidak dan sebanyaknya iya. Tolong jangan terus berlarutan. Tiada masa dan tiada keringat untuk berfikiran untuk satu peluang. Aku tak minta dan taknak pinta untuk di waktu terdekat ini. Tidak.

keliru

Aku meratap dengan setiap bait yang dikeluarkan. adakah benar? adakah perkara itu akan terus terjalin sampai hari yang sebenar? Iya, memang benar, betullah dia baiklah dia jika dia berterus terang. tapi sampai tunggu? tidaklah aku percaya. aku tau tak semua, tapi semua yang aku jumpa hanya berkata kata sahaja. tiada yang asli. mereka bercakap benar ketika itu kerana mereka rasa mereka yakin bahawa hari yang sebenar akan hadir dan perasaannya masih sama. walhal, dia tidak tahu perasaan itu berbolak balik. bagaimana dia boleh begitu pasti? tidaklah aku tahu. tadi, ada perbincangan seketika.. percakapan yang sama bahawa dia sudi menunggu walau tiada tahun sekali pun. Ah! itu hanya dusta semata. Mesti la tidak aku percaya. dan aku menjawab, perasaan itu berbolak balik. pastinya tidak lama. jangan yakin. nanti miskin. miskin dengan perasaan sebab aku dah cinta dan sayang dan kau akan tinggalkan aku sendirian seperti mana masa lalu ku. belajar dari kesilapan, aimi. tiada yang benar di duni...

Bosannya

Aku tak tau aku nak buat apa sampai boleh hilangkan rasa bosan aku ni. Sampai aku rasa nak lari sampai kesudah tak sampai hajat di hati. Bukan apa, aku taknak takluk benda sama. Aku rasa bosan bila buat benda yang sama. Masa kerja dulu pun sama, aku bosan sampai aku malas nak buat keje. Cabaran tu sentiasa ada tapi tak olah dek pemikiran sendiri. Time study? Hm ok lah. adalah seronok nya. tapi bila kena buat refleksi diri sendiri setiap pembelajaran tu yg haprak nak mampus tu. Amenda aku nak goreng dalam tu. Bosan sia. Lepastu aku lupa what was the day going LOLZZZ padan muka diri sendiri, siapa suruh tak buat nota. Bajet doraemon.. Sekian.

Mahu

Aku terfikir,  kadang aku mahukan kau sekarang juga.  Sampai aku keliru,  adakah kita benar? Kadang aku ingat ingat memori kita.  Sampai aku keliru, adakah kita bisa?  Aku terhidu baur cemburu itu.  Aku terangsang perasaan baru itu.  Sampai aku rasa mahu lari jauh jauh tapi aku juga mahu dekat dekat dalam hati itu.  Aku menidakkan sampai terbujur jatuh badan ini.  Pasti aku bisa juga berlari tanpa henti. Susah jadi dewasa.  Mahu fikir semahunya tapi tak selari dengan akal. Sebolehnya mahu lari dan pijak, biar sampai tak boleh fikir dan lupa.  Indahnya kalau boleh begitu. 

menjadikan aku...

Harini bermimpi aneh mungkin kerana aku tidur pada waktu petang. sebelumnya aku bermimpi dengan sangat enak yang indah macam syurga. plot twist nya adalah sepertinya aku dipeluk seseorang di dalam mall. bergembira sepertinya tiada hari esok. dan dia adalah kenalan aku. rapat. mampat. sekarang. aku geli. jijik. seolah aku rasa diri aku dipeluk. dan ketika itu aku rasa aneh tapi nyaman. aneh tapi indah. lantas aku bangun dengan rasa pelik. sudah pukul 7 petang. dan hingga saat ini aku rasa aneh. jelek. jijik. erh! risiko nya bercakap tidak untuk setiap masa. it really hurts my days.. oh my days. kenapa minggu ini penuh bereksperimentasi; dengan minda, dengan hati jiwa. aku penat memikirkannya. merasakannya. seolah tiada hari esok untuk berasa yg sama.. sekian saja.