Aku terfikir, kadang aku mahukan kau sekarang juga. Sampai aku keliru, adakah kita benar? Kadang aku ingat ingat memori kita. Sampai aku keliru, adakah kita bisa? Aku terhidu baur cemburu itu. Aku terangsang perasaan baru itu. Sampai aku rasa mahu lari jauh jauh tapi aku juga mahu dekat dekat dalam hati itu. Aku menidakkan sampai terbujur jatuh badan ini. Pasti aku bisa juga berlari tanpa henti. Susah jadi dewasa. Mahu fikir semahunya tapi tak selari dengan akal. Sebolehnya mahu lari dan pijak, biar sampai tak boleh fikir dan lupa. Indahnya kalau boleh begitu.
Siapa yang aku rangkul? Siapa disebelah aku? Yang mana, aku rasa itulah perasaan yang paling bahagia, sepanjang remaja ku. Moga di saat itu, aku benar benar bahagia. Moga jiwa dan raga aku setuju setiap masa denganku. Moga, tuhan juga setuju pada masa itu. Moga, keluargaku restu disetiap keputusan ku. Walau, aku bermimpi. Tapi perasaan itu seolah benar. Seolah semuanya setuju. Aku bahagia. Aku merangkul tangan dia. Kami bertentang mata. Kami berdua membenarkan perasaan itu. Kami berdua bercakap sampai ke penghujung masa. Siapa pun orang itu, aku tahu dia dekat dan tak menyangka. Siapa pun orang itu, aku harap dia menerima semua seadanya. Aku harap semuanya nyata dan benar. Ikhlaskan aku. Amin.
Comments
Post a Comment