Skip to main content

Posts

best-friend engagement.

aku tidak pernah menyangka ini berlaku secepat angin. aku sedih ibarat petir merampas kebahagiaan aku dan dia yg mulai nak bahagia. padahal dia juga sewajarnya bahagia. aku ingin dia bahagia tp bukan dengan cara berkahwin dan pergi ke arah sana. tp aku harus berpijak dunia yg nyata. In-denial process is hard, sehingga sekarang aku asyik mencari peluang utk melupakan dan membenarkan segalanya.. sampai aku rasa rimas, semua orang perlu dan pasti memerlukan sahabat mereka yg lain utk keluar dengan kami, tp itu pasti, itu hak nya. aku sahaja, aku sahaja yang terlebih dan mungkin aku rasa tercabar. bukan kerana dia bahagia. aku bahagia dia bahagia sampai syurga tp aku sedih apabila dia seolah pergi meninggalkan aku. lalu seeloknya semua overthinking aku terus melarat hingga kesudahan...  ah, i should stop and moving forward, aku harus bahagia utk diri aku. bahagia kan diri sendiri. teruskan sayangi dirimu...

pasti.

aku asyik mencari satu yang kekal yg pasti depan mata tak berpanjangan... aku break dengan perasaan aku sendiri takut melarat berlebihan. aku yang ingin beredar di perasaan ku yang lama hanya aku menunggu dan aku malas utk menakuk lebih lama nanti aku sakit. sakit yang pedih kerna aku seorang sahaja yg mengerti. kalau dibicarakan sekalipun, tidak ada yang memahami mengapa mungkin aku sendiri yang tidak ingin melarat. bahaya. aku berhenti utk melayang jauh ke paksi sana untuk aku sentiasa segar di dunia yang nyata. sesuatu yang sempurna itu tidak ada, tp di mata engkau terlalu bahagia utk aku rasa benda yang sama. mungkin kita mempunyai dua dunia berbeda atau mungkin aku berperasaan sendiri sendiri tapi mata tidak boleh menipu dan hati kita setuju utk bersama; walhal hanya di alam maya yang bukan nyata sungguh. Bahagia? pasti tapi sebentar.. sedetik dua, aku sedar.. oh.. bukan nyata bukan realiti. maka dengan itu aku pergi. biar aku bahagia utk aku. terjangkau memori lama yang hanya ora...

Adapting adult sesh..

hi! umurku semakin naik.. ku isi dengan habiskan tengok Itaewon class. My heart shattered.. aku tak tau kenapa aku tak suka birthday aku kekeke. i dont want to see expectations from people. as i grow older, aku semakin yakin yang kalau boleh tak payah wish tak payah buat apa apa sebab memang dari dulu tak dibesarkan utk itu.. aku tak tau nak ber reaksi apa utk ucapan ucapan itu (kalau ada) mungkin dulu aku pernah terlalu mengharapkan sesuatu yang pada akhirnya disaster.. aku taknak rasa benda tu lagi... sakit. cukup cukup lah aku ni sakit dari dulu. kahkah. I wont, anymore. nah.. i wont regret anymore for what happened.. it was my past feelings, tp mungkin pendam sampaike tua, aku maafkan tapi aku mungkin masih tak boleh lupa... ada banyak benda nak kena gapai tapi aku tau people will shadow me afterwards... i am lame, i know... i am thankful for everything, cuma aku taknak ada yang tahu... it makes me shattered everytime i got wishes.. berderai tak sudah untuk aku lupa semua itu..

Bestfriend engagement soon.

Adult talk: marriage.  Make me thinking, what good memories that we're ever created ? Answer : fight.  If i could show time-lapse from high school until current fight,  ppl around us were not bothered anymore. Deep in my heart ,  i could say that I'm not ready for your marriage bcs everytime you're always with me. But on other side, I'm happy bcs you're happy, now. and I hope your happiness is forever.  We keep counting months and now we're counting days.  I'm hoping every each things happen smoothly, in shaa allah.  This is how it feels when best friend will get married soon...

dikala.

Dikala semua tertanya dimana kepergian ku yang dahulu. juga aku tertanya diri aku ini sebenarnya yang mana. adakah aku benar atau aku ini yg salah sebenarnya? biarkan aku dilapuk zaman tanpa ada yang sedar aku juga wujud. bercerita berdua bersama kawan ku, dikala aku kecil hingga dewasa yang mana, semua memilih rupa dan kerana pembesaran itu juga aku menjadi seperti mereka padahal, aku tidak sepatutnya begitu. jadi itu persoalan aku, adakah aku benar atayu hanya memalsu kan keadaan. cakap soal hati, lama juga aku kaburkan diri dari bertanyakan soal itu tapi ada ura ura mimpi yang sering datang malah macam boleh merasainya sendiri. aku bingung. mungkin setan semata bak kata kakak ku? siapa pun dia harapnya dia ada common sense dan ada sabar yang tinggi. mungkin boleh mundur kan setan dalam diri aku? mungkin. ok sekian!
people, aku tengah dalam rencana banyak nya kerja. yang tidak kesudahan sampai tidak ketahuan mahu mula yang mana. padahal, hantar nya dua minggu lagi. yang aku perlu buat 70 halaman yang perlu aku kerah keringat otakku untuk berfikir. bukan tu je, aku juga perlu design sebanyak hal benda benda interaktif untuk game, malah coding lagi. itu juga perlu dihantar. report interactive kena dipulangkan. oh ya, advertising ku ku minggu depan sudah kena present padahal apa yang siap. huwawa. aku buat malah ngantuk. ngantuk ngantuk. bodohnya. yang lain aku tengok dah mulai buat dan aku bingung betapa mereka pandai. huwa!!!!!! tolongin aku ya allah.

siapa?

Siapa yang aku rangkul? Siapa disebelah aku?  Yang mana, aku rasa itulah perasaan yang paling bahagia, sepanjang remaja ku.  Moga di saat itu, aku benar benar bahagia.  Moga jiwa dan raga aku setuju setiap masa denganku. Moga,  tuhan juga setuju pada masa itu.  Moga,  keluargaku restu disetiap keputusan ku.  Walau,  aku bermimpi.  Tapi perasaan itu seolah benar.  Seolah semuanya setuju.  Aku bahagia.  Aku merangkul tangan dia.  Kami bertentang mata. Kami berdua membenarkan perasaan itu.  Kami berdua bercakap sampai ke penghujung masa.  Siapa pun orang itu,  aku tahu dia dekat dan tak menyangka.  Siapa pun orang itu,  aku harap dia menerima semua seadanya. Aku harap semuanya nyata dan benar. Ikhlaskan aku.  Amin.  

Purata

Sejenak aku berfikir. Sampai bila dan bagaimana aku harus mengubah arus aku. Dan seharusnya aku pergi dari mereka. Aku hanya menyusahkan. Bertebaran banyak nya penyusahan. Sampai aku rasa mereka lelah. Mereka mungkin bahagia sekarang. Dengan hidup mereka. Dengan rasa mereka. Dengan adanya mereka. Ada yang menyayangi dan mencintai. Aku pergi bukan sebab benci. Aku pergi hanya aku rasa cukuplah. Cukup. Perasaan aku tekubur benam sebenam nya. Cukup dia sakit kan aku. Cukup aku rasa dendam ini. Insan ke berapa untuk aku rasa perasaan dendam ini. Aku rasa binasa. Sampai hingga ke namanya aku bingit. Itu sekarang. Nanti nanti mungkin tiada. Tuhan, bantu aku. Yang dah aku bilang, mereka bahagia. Mereka dah bercinta. Mereka dah rasa sayang. Ayuh dengan kehidupan masing masing. Meski aku sekarang masih menggali. Mereka sudah terbina dan bahagia. Malah lagi bahagia tanpa aku. Dengan masa singkat aku, aku mohon semua bahagia. Tanpa aku. Disisi mereka. Tanpa aku. Yang menyusahkan mereka. Sampai ...

Segar

Harini untuk sekali hal ini...  Aku tahu segala inci. Dan sebenarnya aku tahu dari segala sudut paling dalam. Iya ternyata aku benar dan memang dah akur dan pasti.  Tapi harini sahih nya cerita tu.  Dan kenapa bila diri sendiri tau perkara sebenar dan aku masih in denial dengan segala perkara waktu saat.  Ahah.  Canang satu dunia yang semua takkan berlaku tapi aku tahu akan berlaku sebaliknya.  Moga yang baik baik sahaja. 

iya, aku tahu.

iya, aku tahu semuanya melarang dan benda itu sangat dilarang. kepunyaan dia, yang aku perlu jauhi. sampai nya, aku hanya perlu kuburkan segala perasaan. yang hanya aku tahu. Dia tahu. Tapi nya, itu satu kebaikan yang perlu aku sedar. merampas hak orang lain itu sakit dan bodoh. tempatkan sama sama kasih dan sayang itu tidak wujud. tidak ada kesama rataan melainkan sudah takdirnya. aku akur dengan permainan perasaan jiwa. sememangnya tidak pernah selari dengan nadi percintaan aku. tidak boleh menyelami hati dan budi tanpa bicara. tidak boleh mendalami perasaan yang suci. sekiranya aku dan dia bersatu sekalipun, pastinya tidak sama arah dan angkara. tidak sama badan dan jiwa. ujian Dia buat aku dengan ujian perasaan yang aku hidapi. bukan barah, malah mungkin petaka. tidak ada benci dan nista. tidak rasa murka dan terbuka. kerana aku tutup tutup kan ia, menjadi satu nisbah rasa yang tidak ketahui untuk aku buang dan lupa. moga aku terus utuh dengan keputusan. moga aku terus biar dan p...

maybe because i am a sentimental person?

hi,  some days had pass not too peacefully. as i came back from malaysia. many things need to be done asap. but, my mind and soul were not working at the same time. my mind is not in malaysia. maybe because i am a sentimental person? semasa aku buat assignment yang berkurun, otak aku tak berfungsi seolah tak menerima apa yang sedang berlaku sedangkan perkara di sana sudah berlalu tapi seolah dia sedang berlaku sekarang dan aku seronok mengimbau nya kembali tanpa aku sedari, aku bukan di sana lagi. mungkin aku terlalu sentimental? sudah aku ingat kan diri aku, memori itu cukup indah. aku ingat mereka yang menolong aku. betapa takjub nya aku dengan mereka yang sudi menolong aku di saat aku susah di sana. sampai hati aku tak keruan rindu pada dia yang sudah tiada? tiada depan mata, seharusnya padam di hati. sampai aku tertanya, mengapa dia? sampai perasaan lalu, aku sudah tiada langsung tiada. mungkin aku terlalu memuja? tiada yang lain dapat melupakan dia sehingga hati a...

renyah.

Aku rasa renyah dengan semua benda, semua perkara. Aku gembira dia bahagia seadanya. aku gembira dia dapat apa yang di mahu. tapi aku kemurungan berfikiran bisakah aku seperti dia. setiap saat aku fikir apa yang akan aku mahir selepas aku disini. mahu kemana. mampukah aku uruskan diri sendiri. sampai bila aku mahu di awangan yang tak sudah. tidak lupa juga kepada mereka berdua yang dahulunya ada kisah bersama aku. seketika lalu aku nampak wanita itu membuat posting berantakan bersama dia. dan ada satu sudut aku berasa secebis bahagia. tapi aku perlu sedar dahulunya dia lelaki itu mahukan wanita itu. jadi perlu berusaha lebih dan aku harap mereka baik baik sahaja.  setelah aku lihat dan nampak depan mata di dalam mimpi, seolah ada yang menghalang aku berkawan dengan kawan ku itu. begitu banyak berantakan panorama yang tak indah untuk aku ungkapkan. mohonlah, baik sahaja. sekian//

Days after heaven

Hi! So far, I've been great, because i had goooodddd holidayyyssss. sebulan lebih, kau rasa? Aku menyelami mimpi mimpi yang indah dengan nampak orang yang aku mahu. Sepertinya aku tahu, itu semua mainan dunia, mainan tidur. Aku faham dan akur dari dulu. Biar, biar aku rasa bahagia yang sekejap itu. Mimpi kan percuma. Walau iya tidak benar, dan jauh sekali pemikirannya. Aku sedar dan aku akur. Kerna rasa ini jarang duduk dalam hati lama lama dan aku tau dia ada. rasa bahagia. cumanya bila dah naik sem, ya allah, tuhan je tahu. HAH! sekian..

You.

aku tak tahu sampai bila perasaan ini berakhir, tapi perasaan ini buat aku rasa bahagia. jarang sekali aku merasakan perasaan ini, biarlah aku menyelami perasaan ini sendiri. Dengan perasaan ini, aku mempunyai pelbagai sudut watak yang berbeza yang aku rasa aku baru kenali. aku menjadi budak budak yang hanya tengok gambar, jadi periang macam tiada hari esok. yang mana, bila dia tegur aku, dalam hati aku berbunga gembira. yang mana, bila dia berada dekat dengan aku, hati tak tenteram duduk bersimpuh. yang mana, bila aku terserempak di mana mana, aku nak menyorok di setiap penjuru bangunan sebab tak pakai tudung yang proper, dan itu buat aku berlari laju secara automatik tetapi disedari semua orang. I cant hide my smiles in front of my close friends which i dont know how to express my feelings. expressing my feelings is not my favorite things to do since i was born, tetapi untuk hari ini, ketika ini, aku jadi tak reti untuk sembunyikan perasaan tersebut. Which, i know dia ada manusia yan...

Fasa baru

tak penat untuk aku ulang setiap masa, menjadi dewasa sangat penat. bahagia bila semua perasaan bersatu. rasa celaka bila semuanya bubar. menjadi satu keanehan aku berasa macam macam dalam hati jiwa. sepertinya aku keliru dengan hal hal perasaan. contoh, adakah perasaan itu kekal dan pasti? adakah dia yang aku nanti? adakah fasa ini memang semua nya kena tempuhi? begitu sulitkah kita menjadi pasti? supaya manusia lain setuju dengan kita, supaya yang lain jadi saksi antara kita. terlalu banyak percaturan hidup dalam benak otak tapi satu pun tidak terkeluar. pengecut. semakin hari semakin banyak yang perlu tahu, walhal, aku ni, satu apa pun tak tau. berbanding dengan kawan kawan ku, mereka semua handal dan bijak. aku ini satu pun mahu tanya ibarat tidak belajar apa apa. dari dulu aku mempersoalkan, apa yang aku lebih dan tidak. tapi banyak nya tidak lebih. HAH! Hari mendatang dan berlepas, aku pindah rumah baru. Tak tinggal di residen lagi. semuanya urus sendiri. permulaan yang san...

terasa mahu beredar.

Jika mahu tanyakan aku, aku mahu beredar di saat ini. Aku rasa semak di hati, di segenap perasaan. Aku merasakan ada yang tak benar dan aku tak mahukan perasaan itu. Aku lelah dengan diri sendiri. Aku rimas. Tak semua yang ada sama seperti aku atau mungkin aku sahaja yang pelik dan tak seperti mereka di luar sana atau aku yang tak membenarkan perasaan ini jejak di sekitar sanubari. Rasa hening, rasa nyaman tidak bersepadu, tak bersekongkol, tidak sejiwa. Aku berani kerana tidak benar untuk saat ini. Haih, aku nak apa sebenarnya? Susahnya jadi dewasa. Mahu kepikiran di setiap raga. Sedang akal mahu yang lain dan tiada rasa. Boleh atau tidak aku beredar? Lari untuk semua untuk diri sendiri. Dikatakan pula, aku lari dari masalah. Adakah benar? Mungkin iya, mungkin tidak dan sebanyaknya iya. Tolong jangan terus berlarutan. Tiada masa dan tiada keringat untuk berfikiran untuk satu peluang. Aku tak minta dan taknak pinta untuk di waktu terdekat ini. Tidak.

keliru

Aku meratap dengan setiap bait yang dikeluarkan. adakah benar? adakah perkara itu akan terus terjalin sampai hari yang sebenar? Iya, memang benar, betullah dia baiklah dia jika dia berterus terang. tapi sampai tunggu? tidaklah aku percaya. aku tau tak semua, tapi semua yang aku jumpa hanya berkata kata sahaja. tiada yang asli. mereka bercakap benar ketika itu kerana mereka rasa mereka yakin bahawa hari yang sebenar akan hadir dan perasaannya masih sama. walhal, dia tidak tahu perasaan itu berbolak balik. bagaimana dia boleh begitu pasti? tidaklah aku tahu. tadi, ada perbincangan seketika.. percakapan yang sama bahawa dia sudi menunggu walau tiada tahun sekali pun. Ah! itu hanya dusta semata. Mesti la tidak aku percaya. dan aku menjawab, perasaan itu berbolak balik. pastinya tidak lama. jangan yakin. nanti miskin. miskin dengan perasaan sebab aku dah cinta dan sayang dan kau akan tinggalkan aku sendirian seperti mana masa lalu ku. belajar dari kesilapan, aimi. tiada yang benar di duni...

Bosannya

Aku tak tau aku nak buat apa sampai boleh hilangkan rasa bosan aku ni. Sampai aku rasa nak lari sampai kesudah tak sampai hajat di hati. Bukan apa, aku taknak takluk benda sama. Aku rasa bosan bila buat benda yang sama. Masa kerja dulu pun sama, aku bosan sampai aku malas nak buat keje. Cabaran tu sentiasa ada tapi tak olah dek pemikiran sendiri. Time study? Hm ok lah. adalah seronok nya. tapi bila kena buat refleksi diri sendiri setiap pembelajaran tu yg haprak nak mampus tu. Amenda aku nak goreng dalam tu. Bosan sia. Lepastu aku lupa what was the day going LOLZZZ padan muka diri sendiri, siapa suruh tak buat nota. Bajet doraemon.. Sekian.

Mahu

Aku terfikir,  kadang aku mahukan kau sekarang juga.  Sampai aku keliru,  adakah kita benar? Kadang aku ingat ingat memori kita.  Sampai aku keliru, adakah kita bisa?  Aku terhidu baur cemburu itu.  Aku terangsang perasaan baru itu.  Sampai aku rasa mahu lari jauh jauh tapi aku juga mahu dekat dekat dalam hati itu.  Aku menidakkan sampai terbujur jatuh badan ini.  Pasti aku bisa juga berlari tanpa henti. Susah jadi dewasa.  Mahu fikir semahunya tapi tak selari dengan akal. Sebolehnya mahu lari dan pijak, biar sampai tak boleh fikir dan lupa.  Indahnya kalau boleh begitu. 

menjadikan aku...

Harini bermimpi aneh mungkin kerana aku tidur pada waktu petang. sebelumnya aku bermimpi dengan sangat enak yang indah macam syurga. plot twist nya adalah sepertinya aku dipeluk seseorang di dalam mall. bergembira sepertinya tiada hari esok. dan dia adalah kenalan aku. rapat. mampat. sekarang. aku geli. jijik. seolah aku rasa diri aku dipeluk. dan ketika itu aku rasa aneh tapi nyaman. aneh tapi indah. lantas aku bangun dengan rasa pelik. sudah pukul 7 petang. dan hingga saat ini aku rasa aneh. jelek. jijik. erh! risiko nya bercakap tidak untuk setiap masa. it really hurts my days.. oh my days. kenapa minggu ini penuh bereksperimentasi; dengan minda, dengan hati jiwa. aku penat memikirkannya. merasakannya. seolah tiada hari esok untuk berasa yg sama.. sekian saja.