Kau tau durinya,
Lagi kau rela rasa tajamnya,
Kau tau gerak gerinya,
Lagi kau rela rasa pedihnya,
Kau tau segalanya,
Lagi kau rela untuk tak putuskannya.
Keputusan;
Sama ada;
Timun atau peria,
Kau atau dia.
Pilih;
Sama ada;
Kebahagiaan rancak durjana,
Atau,
Kebahagiaan tenang jiwa.
"Jangan salahkan semua akibat kau disini jadi merana, salahkan diri sendiri kerana rela sakitkan sendiri sendiri"
Siapa yang aku rangkul? Siapa disebelah aku? Yang mana, aku rasa itulah perasaan yang paling bahagia, sepanjang remaja ku. Moga di saat itu, aku benar benar bahagia. Moga jiwa dan raga aku setuju setiap masa denganku. Moga, tuhan juga setuju pada masa itu. Moga, keluargaku restu disetiap keputusan ku. Walau, aku bermimpi. Tapi perasaan itu seolah benar. Seolah semuanya setuju. Aku bahagia. Aku merangkul tangan dia. Kami bertentang mata. Kami berdua membenarkan perasaan itu. Kami berdua bercakap sampai ke penghujung masa. Siapa pun orang itu, aku tahu dia dekat dan tak menyangka. Siapa pun orang itu, aku harap dia menerima semua seadanya. Aku harap semuanya nyata dan benar. Ikhlaskan aku. Amin.
Comments
Post a Comment