Menjadi yang terbaik itu memang payah,
Kerana selalu goyah,
Jangan menggelabah,
Nanti kau rebah.
Tapi ada satu dusta aku benci,
Yang kononnya setia,
Tapi rasa dikunci,
Yang hanya duduk bernama dia.
Kau kata ingin bersama,
Bersama aku kau dan dia,
Tapi hanya satu frasa yang tampak sama,
Sebab aku hanya nampak kau dan dia.
Bukan kita semua,
Tak rasa salah?
Aku rasa kau perlu semula,
Untuk dapat rasa aku mengalah,
Untuk kau tidak dibenci semua.
Ada dua; Sirih atau pedih? Ada dua; Pisau atau pulau? Ada dua; Hangus atau mampus? Selamat bentukkan keadaan, manusia bijak.
Comments
Post a Comment