Skip to main content

Baiklah. Maaf.

Aku pening dengan segala pijakan
Apa aku sorang je yang salah?
Apa aku sorang je yang celaka?
Apa aku sorang je yang kurang ajar?
Apa aku sorang je yang bencana?

Segala caci aku cerna
Segala maki aku hadam
Segala kutuk aku pendam
Apa tak cukup aku buat?
Apa aku tak boleh bercakap?
Apa aku takda maruah?
Apa aku tak layak dimata semua?
Apa aku layak dimaki saja?

Sungguh, aku penat
Penat dengan lakonan
Penat dengan bicara binasa
Penat dengan cakap kosong
Penat dengan janji laknat

Paling tidak pun terjemahlah aku ni manusia
Paling tidak pun tahulah aku ni ada  perasaan
Paling tidak pun jangan lah kurang ajar
Paling tidak kau benci aku pun, cakap biar bijak
Jangan sebab kau tua umur, kau boleh cakap caci maki tanpa usul
Jangan sebab kau tua diri, kau boleh buat apa je

Aku tau aku cuma menumpang
Aku tau aku banyak susahkan orang
Aku tau aku banyak salah silap
Aku tau aku ni terlalu kurang ajar
Paling tidak pun tanyalah kenapa aku jadi macam ni
Paling tidak pun janganlah pilih kasih antara darjat

Aku tau aku tak menyerlah
Aku tau aku tak dikagumi
Aku tau aku banyak lackness
Paling tidakpun jangan lah mencaci
Paling tidakpun jangan lah menuduh
Paling tidakpun jangan lah terus menuduh
Paling tidak pun siasat lah yang betul

Sungguh sampai ke bulan aku ingat
Sungguh aku tak boleh lupa
Sungguh semua tak tau betapa cerai berai nya jiwa
Aku cuba suka, tapi aku benci
Sungguh aku cuba maafkan, tapi pedendam
Sungguh segala dendam asyik teringat
Kalau aku gila, aku buat semua keji
Kalau aku ikut kepala setan, aku jadi permaisuri binasa

Tapi aku tau, tuhan sentiasa ada dengan aku
Aku tau tuhan sangat baik dengan semua ciptaanNya
Aku tau tuhan tau siapa benar siapa salah
Aku yakin, kejadian tu bukan aku yang salah
Tapi aku tau aku budak muda yang sentiasa dikalahkan
Sebab apa?
Ya, aku bukan manusia dewasa
Ya, aku hanya paling muda
Yang tak boleh nak berkata benar
Yang hanya salah dan salah
Yang hanya boleh dikata salah tanpa usul periksa
Ya, aku tau tuhan tau segalanya

Segala sabar aku dapat sampai harini,
Semua dari Dia
Betuahlah diri sebab boleh tersenyum happy
Pokok akarnya; sabar dan maafkan.

Salam!

Comments

Popular posts from this blog

Seronok

seronok, tapi kau tau akibat dia, seronok, tapi kau tau makna dia, seronok, tapi kau tau benda yg seronok takkan kena dalam hidup kau, seronok, sebab kau tau perasaan kau, seronok, sebab kau tau akal dan hati sekarang tak sehaluan, seronok, sebab hati sedang sedih dengan benda yg takkan berlaku... Posted via Blogaway

Terima kasih.

Salam dan heyyo ! biar rock sikit memalam ni. hikk. Terima kasih Allah. Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Terima kasih kakak kakakku. Terima kasih semua ahli keluargaku. Terima kasih semua rakan rakanku. Terima kasih semua. Walaupun nadanya macam tengah buat ucapan perkahwinan Penguin dan Anjing laut jantan, tapi aku ikhlas dengan setiap patah yang aku cuba tuliskan disini. Aku manusia biasa. Aku sentiasa, setiap saat buat salah. Jadi semua, Maafkan aku kalau ada salah silap. Terngumpat, Terhina, Terkeji, Terkasar bahasa, Terguris hati. Segala galanya. Maafkan aku kalian. Maafkan aku. Aku insan biasa. Aku manusia lemah. Hmm, ayat di atas mungkin ayat ombak rindu sikit. tapi ikhlas di hati silalah menjiwainya walaupun macam jiwang sikit. hikk. mukadimah yang sangat panjang yer tak. saje, nak bagi cikgu nampak. hikk. Doa kan aku sentiasa suceed dalam SPM dan hidup yang mendatang, Aminn, Terima kasih bagi sesiapa yg wish. Sekian saje. Assalamualaikum. May Allah bless. piece !...

Sifar dan tidak.

Kalut rasa diri Tak pernah hilang Ribut rasa pergi Tak pernah gentar Sedari dia rasa getar Sedari dia rasa berputat Lalu putus untuk tak berteman Dari dia dikena hamun Dari dia dikena samun Dia lebih rela untuk; Tak dilamun. Mana pernah percaya, Ada bahagia selepas cinta Ada senyuman selepas bahagia Mana pernah percaya, Tiada sakit dalam bab sama Tiada perit dalam cerita duka. Dia menidakkan Dia menakluk-kan Tiada siapa yg ubah Tiada siapa yg sudi Sendiri membawa diri Ke patri yang sepi Ke jiwa yang sudi Sebab ada satu jiwa; Yang kosong dan sepi Yang lohong dan sombong Sampai lupa Tuhan sentiasa tolong. Pokok nya sifar dan tidak. Posted via Blogaway