Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

terasa mahu beredar.

Jika mahu tanyakan aku, aku mahu beredar di saat ini. Aku rasa semak di hati, di segenap perasaan. Aku merasakan ada yang tak benar dan aku tak mahukan perasaan itu. Aku lelah dengan diri sendiri. Aku rimas. Tak semua yang ada sama seperti aku atau mungkin aku sahaja yang pelik dan tak seperti mereka di luar sana atau aku yang tak membenarkan perasaan ini jejak di sekitar sanubari. Rasa hening, rasa nyaman tidak bersepadu, tak bersekongkol, tidak sejiwa. Aku berani kerana tidak benar untuk saat ini. Haih, aku nak apa sebenarnya? Susahnya jadi dewasa. Mahu kepikiran di setiap raga. Sedang akal mahu yang lain dan tiada rasa. Boleh atau tidak aku beredar? Lari untuk semua untuk diri sendiri. Dikatakan pula, aku lari dari masalah. Adakah benar? Mungkin iya, mungkin tidak dan sebanyaknya iya. Tolong jangan terus berlarutan. Tiada masa dan tiada keringat untuk berfikiran untuk satu peluang. Aku tak minta dan taknak pinta untuk di waktu terdekat ini. Tidak.

keliru

Aku meratap dengan setiap bait yang dikeluarkan. adakah benar? adakah perkara itu akan terus terjalin sampai hari yang sebenar? Iya, memang benar, betullah dia baiklah dia jika dia berterus terang. tapi sampai tunggu? tidaklah aku percaya. aku tau tak semua, tapi semua yang aku jumpa hanya berkata kata sahaja. tiada yang asli. mereka bercakap benar ketika itu kerana mereka rasa mereka yakin bahawa hari yang sebenar akan hadir dan perasaannya masih sama. walhal, dia tidak tahu perasaan itu berbolak balik. bagaimana dia boleh begitu pasti? tidaklah aku tahu. tadi, ada perbincangan seketika.. percakapan yang sama bahawa dia sudi menunggu walau tiada tahun sekali pun. Ah! itu hanya dusta semata. Mesti la tidak aku percaya. dan aku menjawab, perasaan itu berbolak balik. pastinya tidak lama. jangan yakin. nanti miskin. miskin dengan perasaan sebab aku dah cinta dan sayang dan kau akan tinggalkan aku sendirian seperti mana masa lalu ku. belajar dari kesilapan, aimi. tiada yang benar di duni

Bosannya

Aku tak tau aku nak buat apa sampai boleh hilangkan rasa bosan aku ni. Sampai aku rasa nak lari sampai kesudah tak sampai hajat di hati. Bukan apa, aku taknak takluk benda sama. Aku rasa bosan bila buat benda yang sama. Masa kerja dulu pun sama, aku bosan sampai aku malas nak buat keje. Cabaran tu sentiasa ada tapi tak olah dek pemikiran sendiri. Time study? Hm ok lah. adalah seronok nya. tapi bila kena buat refleksi diri sendiri setiap pembelajaran tu yg haprak nak mampus tu. Amenda aku nak goreng dalam tu. Bosan sia. Lepastu aku lupa what was the day going LOLZZZ padan muka diri sendiri, siapa suruh tak buat nota. Bajet doraemon.. Sekian.

Mahu

Aku terfikir,  kadang aku mahukan kau sekarang juga.  Sampai aku keliru,  adakah kita benar? Kadang aku ingat ingat memori kita.  Sampai aku keliru, adakah kita bisa?  Aku terhidu baur cemburu itu.  Aku terangsang perasaan baru itu.  Sampai aku rasa mahu lari jauh jauh tapi aku juga mahu dekat dekat dalam hati itu.  Aku menidakkan sampai terbujur jatuh badan ini.  Pasti aku bisa juga berlari tanpa henti. Susah jadi dewasa.  Mahu fikir semahunya tapi tak selari dengan akal. Sebolehnya mahu lari dan pijak, biar sampai tak boleh fikir dan lupa.  Indahnya kalau boleh begitu. 

menjadikan aku...

Harini bermimpi aneh mungkin kerana aku tidur pada waktu petang. sebelumnya aku bermimpi dengan sangat enak yang indah macam syurga. plot twist nya adalah sepertinya aku dipeluk seseorang di dalam mall. bergembira sepertinya tiada hari esok. dan dia adalah kenalan aku. rapat. mampat. sekarang. aku geli. jijik. seolah aku rasa diri aku dipeluk. dan ketika itu aku rasa aneh tapi nyaman. aneh tapi indah. lantas aku bangun dengan rasa pelik. sudah pukul 7 petang. dan hingga saat ini aku rasa aneh. jelek. jijik. erh! risiko nya bercakap tidak untuk setiap masa. it really hurts my days.. oh my days. kenapa minggu ini penuh bereksperimentasi; dengan minda, dengan hati jiwa. aku penat memikirkannya. merasakannya. seolah tiada hari esok untuk berasa yg sama.. sekian saja.

aku sakit.

aku sakit. sakit hati sakit jiwa sakit otak -- fikir pasal orang yang tak perlu kan perhatian macam aku. aku terlalu lelah untuk berkata tidak. aku terlalu sakit untuk berkata tidak. aku sesak dalam hati ni. macam banyak duri yang terkumpul bertanda.. apa yang dia nak? apa yang dia perlu? hanya menagih kesenangan dalam kesempitan dia? hanya menagih muka tanpa segan silu rasa aib nan silau. tak tergamak aku ingin berkata; aku lost dengan diri sendiri. tapi akhirnya aku sakit sendiri tanpa aku kisah menoreh sendiri tanpa aku sedar. aku nak apa? kesenangan apa? sesak macam mana lagi? aku perlukan apa? mereka ingat ni bahan kelakar. bahan uji kaji. bagi aku, tak perlu semua itu. egois mu itu hanya kuburkan aku dan engkau. hanya kerana kubur itu kita dapat beredar dari masa itu. dan aku tak perlu rasa sesak ini jika kita berjumpa sebab nanti aku sakit. aku taknak parah macam dulu. susah. aku taknak susahkan orang demi seseorang yang tak perlukan aku. Nvm. aku okay. that is totally not

Apa yang aku nak?

Apa yang aku nak sebenarnya? Apa yang aku cinta sebenarnya? Apa yang aku cari sebenarnya? Aku cuba untuk menjadi diri sendiri. Tapi selama mencari diri sendiri aku tak dapat apa yang aku rasa dan gali. Tapi hanya tahi yang hanya tahu menduga dan diduga. Seolah aku tau perkara sebenar. Apa akan berlaku selepas nya dan kemungkinan sebelum nya. Perasaan itu tak daoat dinyatakan dengan kata kata. Hanya dalaman semata berkata sendiri dan interprete diri sendiri bagi faham sendiri. Iya, sungguh manusia satu jenis tak akan faham. Sungguh tuan punya badan juga tak memahami nya. Dia hanya tahu mengeluh dan keluhan nya membuat kan langsung tidak lega menjaga keaiban sendiri. Kadangkala sendiri pun bosan dengan aturan semua ini. Menjadikan tiada lead utk diri sendiri. Hanya mengikut tundingan jari orang tanpa aku rasa beralah. Hanya mengharapkan yang terbaik untuk orang lain bukan utk diri sendiri. Menjadikan aku untuk tidak pentingkan diri sendiri untuk satu ketika which sometimes I am proud w

23 Tahun

Sedar tak sedar aku dah genap 23 tahun. Conversation aku dengan kawan kawan dah sangat lain sekarang. Kalau dulu, lepak, karok, tanya assignment dah siap ke belum, nak kumpul ramai baru onz lepak. Sekarang, conversation kami, cakap pasal persiapan khawin, pi event Jom Khawin dekat SACC nun sana. Jangan rancang apa apa untuk keluar yang complete. Just go with the flow. Macam haritu, 30 Mac, just nak pi wedding kawan kolej kami ja, tup tup, impromptu, Naim ajak pi Putrajaya ada food fest and hot air balloon, kitorang onz teruss! Alang alang ada limah nisa. Aku n min dah selalu kua sesama so takda masalah pon jumpa.. Budak dua ekot tu hmmmmmmm HAHAHAHA! Nisa bawak sekali pakwe dia, sebab memang planning pi Jom Khawin event tu, so kami drag pi sana dulu baru pi PJ. Impromptu sangat!! Dapat pi dua dua sekali. Aku sangat sangat la happy. Allah tu sangat baik. Moga ada kebaikkan di setiap saat. Sat gi, Nisa n Min nak kawen. Tinggal aku n limah sendu dua ekoq. HAHAHAH! . Bila kami duk sama