Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Lain.

Masa pantas bercakaran sesama sendiri, Tanpa jemu rasa semput Tanpa lesu rasa kerepot Aku kini teliti satu demi satu Setiap inci nya lain Setiap susuk nya lain Setiap watak nya lain Aneh, Iya, aneh lihat semuanya beza Aneh lihat semuanya ada haluan sendiri Diri yang jauh ketinggalan Mereka yang jauh ditinggalkan Mereka yang kian pudar, Pudar dengan rapatnya Sakit dengan kawannya. Aku jugak aneh lihat manusia dulu, Yang rapat kini jauh Yang belangkas kini bekas Yang kekal kini tinggal. Aku juga aneh dengan perasaan sendiri Perasaan celaka jelam jelum Perasaan celaka yang kian keliru Aku kira ni semua normal Aku kira ni semua caturan bumi. Bumi kian tua Masa je tak pernah tua Sebab tu sering gerak laju Apa semua tak dapat Tak dapat dikejar apa yang dimahu Tak dapat dikira apa yang dipijak Tak dapat rasa satu lelah Apa yang dicangkir hati. Fuh hati tak tenang Hati gundah sana sini Langsung tak baik Diri langsung tak baik Kekal sama dungu yang dulu Te

Rasa sampah

Terkadang setiap saat kau rasa Itu lah future kau Terkadang setiap benci kau rasa Itu lah tamat rasa Terkadang setiap apa yang menimpa Itu lah hikmah kau Kau tak boleh deny semua benda Kau tak boleh rasa semua orang sama Kau tak boleh pendam semua duka Sebab setiap skala pasti sama Waktu itu dipersetankan sekejap je Waktu tu kau diam tak berkutik Waktu tu rasa segala nya berdesing Celaka segalanya Celaka lelaki itu Celaka segala saat kau nikmat Rasanya cukup luak Rasanya cukup sesak Sampai kau rasa toreh nadi sendiri Sampai kau rasa kau sendiri yang malapetaka Takpa, tuhan tahu segalanya Tuhan tau apa aku rasa Tuhan maha pengubat duka Tuhan sangat baik dengan kita semua. Salam!

Hai sebenarnya..

Aku tak tau sampai bila Aku tak tau bila semua ni nak blah Aku tak tau sejak bila Tapi aku cuma tau, semua tu tak lekat Aku tau semua tu bodoh Aku tau semua tu sekejap Ah, semua ni perasaan durjana Walau sehalus titik Walau hati bagi ikhlas Bagi ruang Mohon sekejap haba ruang Mohon sekejap semua ni hapus Kadang lelah jugak Ah, persetankan sekejap itu.

7 dalam 1. Ha apa rasa?

Kadang semua yang indah di mata, iya hanya di mata. Bahagia bukan terpancarnya di mata. Tapi hati. Senyum tak bermakna bahagia tapi itu ubat juga. Ubat? Ubat untuk strives level seterusnya. Strives untuk sabar seterusnya. Kenapa? Sebab semua orang ada masalah. Cuma yang bezanya setiap sorang itu macam mana mereka hadap masalah. Yang teruk, yang takda perasaan, yang emo nak mampss, yang bahagia separuh masak. Ha apa lagi aku nak list kan. Sebab manusia ini berbeza beza. Bak kata orang rambut sama hitam tp hati lain lain. Hiwhiw. Kenapa lately aku asyik emosi. Sebab emosi dengan diri sendiri. Nak kata emosi sebab bulan mentari, hm entahlah. Typical aimi mastura mmg sentiasa emo.  well ati knows me well! Kuikui. Since tomorrow dah ahad dan aku tak buat lagi assignment yang utk di present utk hari isnin nanti. Ya ampun malas dia. yes, salah satu sebab I've bought few books. And more future comes  kekekekekekekekek. But atleast i bought books wehh. Not some stuff yang aku rasa takkan

Baiklah. Maaf.

Aku pening dengan segala pijakan Apa aku sorang je yang salah? Apa aku sorang je yang celaka? Apa aku sorang je yang kurang ajar? Apa aku sorang je yang bencana? Segala caci aku cerna Segala maki aku hadam Segala kutuk aku pendam Apa tak cukup aku buat? Apa aku tak boleh bercakap? Apa aku takda maruah? Apa aku tak layak dimata semua? Apa aku layak dimaki saja? Sungguh, aku penat Penat dengan lakonan Penat dengan bicara binasa Penat dengan cakap kosong Penat dengan janji laknat Paling tidak pun terjemahlah aku ni manusia Paling tidak pun tahulah aku ni ada  perasaan Paling tidak pun jangan lah kurang ajar Paling tidak kau benci aku pun, cakap biar bijak Jangan sebab kau tua umur, kau boleh cakap caci maki tanpa usul Jangan sebab kau tua diri, kau boleh buat apa je Aku tau aku cuma menumpang Aku tau aku banyak susahkan orang Aku tau aku banyak salah silap Aku tau aku ni terlalu kurang ajar Paling tidak pun tanyalah kenapa aku jadi macam ni Paling tidak pun ja

Ujian.

Syukur segala gembira Syukur segala sedih Syukur segala perit Syukur segala pedih Eh, ini bagi kau sedar Sedar baik nya si Dia Sentiasa baik Sampai kau rasa senang Tapi -- kau tak pernah korek mata Tak pernah sedar diri Bodoh sombong Bongkak Patut dipenggal separuh Patut tidak senonong Dia beri segalanya Dia beri segala kuat Dia teman segala saat Dia beri segala kau mampu Allahu, Kau peneman sedih suka aku Mana tidaknya, Setiap duka aku dapat, Kau bahagiakan aku dengan kekuatan dan ketenangan kau beri Seperti hari ini, Mungkin ini ujian untuk kau bangun Bangun dari tidur yang panjang Jangan sentiasa lanjang senang Seperti kacang dan haruan Sedarlah Kau bukan sentiasa bahagia Sedarlah Kau bukan sentiasa suka Sedarlah Setiap nista setiap saat Tuhan boleh ambik semuanya Sedarlah Tuhan dah bagi kau secukupnya. Iya, sedih dengan diri sediri Tak mampu fikir Tak mampu cerna Apa yang dah dipijak Apa yang dah dikesatkan Sedar Sedar Sedar. Salam! 😢

Percikan titis peluh.

Setelah meredah segala lalang Setelah puji segala sawah Bendang sana sini Pusing kesana ke mari Aku kesat kaki Biar segala sakit pergi Aku kesat tangan Biar segala lancar Aha, aku bertindak sebagai pemerhati Pemerhati sang gadis obses tinggi Iya, berjiwa bumi berbadan lidi Aku pelik dengan kepenatan dia bagai tiada Dari selatan ke utara Dari hujung titik sudah sampai ke hujung bentuk Dari segala renang hingga ke segala paksi bukit Terima kasih kepada penduduk bumi Terima kasih si Dia yang tak putus beri tolong yang cukup Terima kasih si Dia yang beri segala kuat Kalau kalau sakit hingga ke penghujung tulang Kalau kalau sakit hingga penghujung lali Tetap jua terima kasih tak pernah luak Segala pahit itu manis jika segala dibuang ke mimpi. Salam! - Langkawi -