Skip to main content

Posts

Eh gelabahnya

Menjadi yang terbaik itu memang payah, Kerana selalu goyah, Jangan menggelabah, Nanti kau rebah. Tapi ada satu dusta aku benci, Yang kononnya setia, Tapi rasa dikunci, Yang hanya duduk bernama dia. Kau kata ingin bersama, Bersama aku kau dan dia, Tapi hanya satu frasa yang tampak sama, Sebab aku hanya nampak kau dan dia. Bukan kita semua, Tak rasa salah? Aku rasa kau perlu semula, Untuk dapat rasa aku mengalah, Untuk kau tidak dibenci semua.

.

Untuk mencari akar diri, Yang sangat beza macam puaka, Yang sangat panas macam neraka, Rasa lembut macam rasa cuka, Yang hanya tahu menduga, Tanpa rasa setitik harga. Tapi orang macam dia; Yang sebenarnya jujur, Walaupun sisinya bujur, Tak sangka dia perlu kebulur, Untuk lempiaskan senang berterabur. Yang perlunya dia yang lain; Terima kasih tanpa dipaksa, Terharu tanpa menyiksa, Peluk tanpa derita.

Sesi motivasi diri part 1

Dia keliru utk patahkan sayap, Padahal dia boleh pasang semula; Utk tak goyah, Utk tak punah. Dia takut untuk membawa sendiri, Padahal dia boleh untuk berjalan perlahan, Supaya; Tak rapuh dan bersedia, Tak takut dan sentiasa deria. Konklusi; dia sangat rapuh tapi dia tahu dia ada penguat iaitu Dia.

Buas.

Jangan sebab kepuasan yang dia bagi, Kau lupa untuk diri sendiri. Jangan sebab kau ada hidup nanti, Kau lupa utk yang lama pergi. Yang hanya sepatah janji, Yang hanya secubit sayang, Kau lupa utk segala benci, Kau lupa utk segala sayang; Yang ada sekarang dan mungkin; Selamanya.

Semakin.

Semakin deras arus tusukan, Semakin deras dendam menikam, Semakin tajam lidah kau bekam, Semakin parah marah ku pendam. Sampai bila darah mengalir, Segala alur kau sempat jelir, Jangan sanggup untuk menjaring, Biar kau terus berpusing Dan hanya kau mampu berpaling.

Laa ni.

Hati kau bagi caruman, Untuk kau tekad atau berat, Untuk kau terus atau mampus. Sekarang; Kaki kau henyak sampai renyuk, Keliru tahap pemalu, Sampai tak tau nak tanam mana satu.