Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tolonglah.

Tolonglah, hilang secepatnya, Pulih sepenuhnya Untuk dia tidak sendiri sendiri, Untuk dia tak sedih sedih, Untuk dia tak merasa duri Untuk dia tak rasa perit --lagi Allahu.

Untuk keberapa tahun.

Apabila kau terlalu takut, Apabila kau terlalu rimas, Dengan; Rasa sekarang, Bukan biasa biasa, Untuk yang keberapa tahun. Bukan bermakna itu kekal, Cumanya secara pukal, Akal jelik memintal, Untuk ditolak secara pintal. 👀

Rela atau putus.

Kau tau durinya, Lagi kau rela rasa tajamnya, Kau tau gerak gerinya, Lagi kau rela rasa pedihnya, Kau tau segalanya, Lagi kau rela untuk tak putuskannya. Keputusan; Sama ada; Timun atau peria, Kau atau dia. Pilih; Sama ada; Kebahagiaan rancak durjana, Atau, Kebahagiaan tenang jiwa. "Jangan salahkan semua akibat kau disini jadi merana, salahkan diri sendiri kerana rela sakitkan sendiri sendiri"

Terkadangnya.

Terkadangnya, hati rasa satu dan banyak, Terkadangnya, Hati rasa sebu dan semak Terkadangnya, Perempuan itu kaku dan pekak, Terkadangnya, Lelaki itu paku dan petak. Sama ada, Kau duduk dan sembang, Atau, Kau peluk dan kembang. --pilih.

Eh gelabahnya

Menjadi yang terbaik itu memang payah, Kerana selalu goyah, Jangan menggelabah, Nanti kau rebah. Tapi ada satu dusta aku benci, Yang kononnya setia, Tapi rasa dikunci, Yang hanya duduk bernama dia. Kau kata ingin bersama, Bersama aku kau dan dia, Tapi hanya satu frasa yang tampak sama, Sebab aku hanya nampak kau dan dia. Bukan kita semua, Tak rasa salah? Aku rasa kau perlu semula, Untuk dapat rasa aku mengalah, Untuk kau tidak dibenci semua.

.

Untuk mencari akar diri, Yang sangat beza macam puaka, Yang sangat panas macam neraka, Rasa lembut macam rasa cuka, Yang hanya tahu menduga, Tanpa rasa setitik harga. Tapi orang macam dia; Yang sebenarnya jujur, Walaupun sisinya bujur, Tak sangka dia perlu kebulur, Untuk lempiaskan senang berterabur. Yang perlunya dia yang lain; Terima kasih tanpa dipaksa, Terharu tanpa menyiksa, Peluk tanpa derita.

Sesi motivasi diri part 1

Dia keliru utk patahkan sayap, Padahal dia boleh pasang semula; Utk tak goyah, Utk tak punah. Dia takut untuk membawa sendiri, Padahal dia boleh untuk berjalan perlahan, Supaya; Tak rapuh dan bersedia, Tak takut dan sentiasa deria. Konklusi; dia sangat rapuh tapi dia tahu dia ada penguat iaitu Dia.

Buas.

Jangan sebab kepuasan yang dia bagi, Kau lupa untuk diri sendiri. Jangan sebab kau ada hidup nanti, Kau lupa utk yang lama pergi. Yang hanya sepatah janji, Yang hanya secubit sayang, Kau lupa utk segala benci, Kau lupa utk segala sayang; Yang ada sekarang dan mungkin; Selamanya.

Semakin.

Semakin deras arus tusukan, Semakin deras dendam menikam, Semakin tajam lidah kau bekam, Semakin parah marah ku pendam. Sampai bila darah mengalir, Segala alur kau sempat jelir, Jangan sanggup untuk menjaring, Biar kau terus berpusing Dan hanya kau mampu berpaling.

Laa ni.

Hati kau bagi caruman, Untuk kau tekad atau berat, Untuk kau terus atau mampus. Sekarang; Kaki kau henyak sampai renyuk, Keliru tahap pemalu, Sampai tak tau nak tanam mana satu.

Kau

Kalau kau rasa dunia kejam, Kau lagi kejam, Kalau kau rasa hati kau sakit, Dia lagi sakit, Kalau kau rasa murai itu bising, Diam kau lagi nyaring. --duduk terfikir siapa maaf itu.

Tolonglah.

Dendam si abdi, Kesumat tak pendam, Tak larut de air, Tak hapus dek batu, Butir maaf kosong durja, Selagi itu masih harung, Abdi cuba kesumatnya, Telan pil pelupa, Untuk terus alpa, Bilang garis halus, Hilang pelupus, Kerna kosong makna, --Cuba lupa Tolonglah..

Dia cuba.

Dia cuba faham secara am, Dia sinis bicara dalam, Cuba faham kedaan peri, Jangan hukum bertubi geri, Dia gelak tawa berdecit, Dia mati nyawa menyerah

Si dia.

Sukanya dia, Tambatnya dia, Riang nya dia, Biarlah dia Moga harinya baik, Keadaannya tak serik, Moga Tuhan bg semuanya baik, Agar dia tak serik. -- dua manusia lagi

Kepada kekasih berdua.

Kepada kekasih berdua, Tahniah untuk 30 tahun, Atas segala akar; Lembut juga keras, Kalian berjaya juga hingga kesini. Kekasih berdua, Moga sentiasa sihat, halus mulus dunia akhirat, Moga Allah terus bagi bahagia; Disetiap saat, Minit, Jam berdetik. Kalian tahu; Sayang aku tiada yang lain, Terima kasih kekasih berdua, Terima kasih ya rabb. Ps; should post this on 14th of feb. Kami dok sambut valentines ya tapi tarikh ni, tarikh anniversary. Dulu mana wujud valentines lagi ye dok. Moga 30 tahun ini lebih dimurahlan rezeki dan di berkati Allah. Amin.

A person.

Demanding for your best, But not for the best; Of everyone. Cares for a person, Without knowing any disguise, A person left you Without any price. Posted via Blogaway

Cukup gusar.

Bila kau, Terus keliru dengan perasaan nyata, Bila kau, Terus kelu dengan kata kata, Bila kau, Terus pilu sejuta kala, Atas sebab berjela, Kau pilih jalan sehala, Untuk tidak dekat, Untuk tidak berat, Supaya semua selamat. Rasa seperti binasa, Kau sendiri ketam dua jari, Janji untuk tidak cungkil, Kau sendiri memadam rasa, Untuk baik satu orang, Kau tau, Ini semua sementara, Sementara ia gilap, Baik kau pergi, Tutup, Dan jauh, Cukup. Cukup dah. Posted via Blogaway

Sudah tahu.

Kau puas dendam kesumat, Tanpa tahu ringan dan berat, Jawapan tahu bulat bulat, Sedih tahap meraung kuat Baktilah kau hero, Moga ada jalan disetiap susur, Moga ada rezeki disetiap penghujung. Posted via Blogaway

Seronok

seronok, tapi kau tau akibat dia, seronok, tapi kau tau makna dia, seronok, tapi kau tau benda yg seronok takkan kena dalam hidup kau, seronok, sebab kau tau perasaan kau, seronok, sebab kau tau akal dan hati sekarang tak sehaluan, seronok, sebab hati sedang sedih dengan benda yg takkan berlaku... Posted via Blogaway