Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Lima dan lapan.

Hari yang tiga yang panjang Aku sulur dan mulur Aku teroka dan merekah Ku cari biar punah Syukur, semua jiwa tersemat. Lagi satu lidi menjalar Cari dimana elok Oh eloknya setiap nista Moga setiap esok dipancar lancar. Dipanggil panggil tawa Dipunggah punggah hiba Disana mahu cari apa adanya aman Sempena jiwa suka duka lima dan lapan. Kita sangka biar baik Kita sangka biar jujur Kita sangka biar cantik Sebab Dia yang beri segala baik. Salam! Ps: Fuhh, menanti hari esok. moga semua lancar. Dah lah bawak byk beg. Huwaaa. Nyesal nyesal. Bukan bag roda lak tuu 😦😦

Campur.

Pergi sana,kawan Pergi sini, kawan Dua arah aluran angin Terpaksa kau redah Hujan kilat sambung Tanah debu kembung. Iya, setiap bodoh terima Iya, setiap lahanat perangai terima Iya, setiap budi terima Sampai satu tahap paling atas Kau biar kau duduk bahagia. Bahagia? Bahagiakah pedajalkan rasa Bahagiakah perasaan diolah Siapa yang berani pindah Iya, Tuhan tu baik Dia mampu buat segala benda Rasa Campuran. Ah, jiwa kacau Ah kecamuk Ah biar Mampu aku biar.

Aku cabul.

Kelam malam aku tatap Riuhan tayar berguling senang Menuju ke perwira sana. Satu dua bintang timbul Aku berkira mereka menari Sungguh tandusnya tanah Sungguh lelah nya bumi Menelan segala pijak Menahan segala asakan. Aku gali segala tenang Aku cabul segala susah Yang dapat batu gelisah Yang dapat selongkang resah. Ah, mana damainya bumi Ah, mana aman nya kita Tuhan, hanya Dia yang tahu Dia bagi kita tenang Dia bagi kita segala elok. Oh, baiknya Tuhan Kita gerudi segala tanya Tanpa dirasa, Segala tanya ada depan mata Kau bodoh tuli mata Tak sedar segala syukur kau dapat Sedar, diri Sedar.

Pendam.

Setelah segala tahun dirobek Setelah segala hari kita belek Setelah setiap saat kita pijak Kau pendam kau rasa Kau lihat kau dengar. Kau manusia, tiada rimbun Kau manusia, tiada embun Melimpah dalam naluri urat kau Kesana sini dihenyak dendam Kesana sini ditimbun duka. Kisah jepun mula berawang Segala cacian di amah mulut Kau rasa tanpa dipaksa Kau hujan tanpa berhenti. Pelik di setiap benci itu Melankolik sentiasa ada dibawa kaki Bukankah pada aku rasa itu? Bukankah aku yang perlu? Perlukah aku berlari mengejar? Mengejar halusinasi pendendam setia. Sungguh, tak rela Dibawa kain kain pepejal Dibawa oleh kekasih kebal Buang lah kau wahai perasa Biar semua dibawa rintihan. Salam!

Mencari.

Aku ngorak langkah Setiap titis air Setiap butir pasir Setiap langkah pijak Minda senista gila Aku lari dari golakan hati Aku pecut mengejar diri Diri yang kian punah harapannya Diri yang kian pudar serinya Iya, manusia terbang hinanya Iya, manusia hebat bicaranya Iya, mereka keliru. Pecutan terakhir rombak buminya Pecutan gelora, ombak padah nya. Haha, gelak keliru. Haha, gelak perindu. Moga semua dilindungi Moga semua disayangi.

Kawan sila kuat.

Beribu tendangan tajam Dicekam sungguh tak tenteram Aku dengar aku sedih aku geram Yang kena hanya kau seorang Segala adil dibuang buruh Segala tanya sekosong tin yang buruk Abdomen rasa lemah gemalai Hujan merintik kejam Sedih berlalu aduh lambatnya Kau cakar segala hati yang didalam sana Kau cakar diri biar semua tahu Tahu kau wujud di mata dunia Tahu kau sakit dirasa sepi Tahu kau berapi darah di mata Kawan, kau kuat kau hero Kawan, kau benar, Dia tahu. Si dia tipu kau senyap kau tidur Si dia tipu kau gelak sehambur galak. Ada satu cerita benar Ada satu keadilan Ada satu celoteh Ada satu prasangka Cuma yang tahu Dia yg beri kasih. Salam!

Dendam.

Dia carik carik hati Dia robek segala bahagia Dia turutkan segala kejam Dia kejam. Aku benar aku siang, Aku sakit aku marah Derhaka tak punah Derhaka biar musnah Serakah jiwa serakah hati Simpan sejuta tak kira Eh kau ingat diri itu apa Bila semua boleh dikejar Eh kau ingat kau tuhan Tahu segalanya Eh kau baru sedar Eh aku pun sedar Kita manusia. Elak segala perit Musnah segala dendam Mohon kau kuat Mohon aku juang Mohon kau riang Mohon aku girang.

Dia baik.

Pembiasan sakit merebak Serba salah diolah jua Ku sedar kini masanya Bingung segala reput di sana Bila semuanya baik Jahat jauh sekali dirasa Binasa rasa, binasa tenang Kau olahkan ia biar jadi tenang Tapi dia tolak mentah berangin Kerna dia bisa tutur santun Kerna dia biasa tutur maaf baiknya.

Golakan.

Serasanya kian rimbun Malam gelap darahnya Segerombolan cinta semburannya, Kasih tak dalam, tidak. Puisi dicoret senang Tanpa kasih tanpa sedih Dibuang buaya tidak kejam Sisih merana dititip kelam Celoteh keji jatuh segala Sendu hujan kian merintik Takpa, Dia tahu Diri kuat, diri mampu. Jentik senista tak dirasa Kerna diri bersiap sedia Kasih dibuang, sayangnya ada Takpa, kasih Dia nilai segala. Salam!

Noktah.

Noktah terjalinnya rasa Perasaan tak punah pudar Terjalin sekelumit itu Kau tidakkan. Yang sana dicari, Yang dekat kau pergi, Bila dua kesini, Semua hancur gari. Lupa senista payah, Payah juga bangun dan kuat Kau mohon kuat, pasti Dia beri. Dia yang sentiasa beri kasih. Kuat setiap duri, Gagah setiap tusuk, Noktah segala jalinan, Noktah juga perasaan ni.

Hatred.

Tak semua perlu diluah, Mata hati lebih memihak, Hati luluh tak kemana, Kerna sabar itu dimana mana, Bila tau itu benar, Segala di hati palsu semata mata, Bila rasa kian pudar, Dia gigih mencari indah. Cinta Dia kian setia, Tak pernah hilang, Tak pernah pudar. Dahulu Dia setajamnya ada, Segala yang lain, semua tersedia. Moga Dia bagi kau kuat, Moga kau terus bahagia, Juga hati yang lara.. Salam!

Rasanya.

Salam! Syukur, harini miss dah proceed assignments photography gua. Mujur diterima. Aku sesungguhnya dah malas dah buat. Tiga hari berturut turut terpacak kat highway. Finally, hantar jugak. Phew~ 😎💃 Dah habis exam. Dah hantar assignment. Dah register untuk sem baru. Ya ampunn nervous ea. Tak tau laa apa jadi sem depan. Cepat sungguh masa berlalu lalu yekk. Dah masuk sem 5. Means that lagi 3 sem utk ke final sem. Lagi aku cuak woi! Hahahahahha.😣 Aku serious tatau apa jadi. Redha tahap nyawa ikan buntal. Hm. Takpa, percaya pada kasih sayang Dia. Yang bagi kuat pun Dia. Yang bagi segala galanya Dia. Jangan judge dulu. Go aimi! 💃 Sekian.. Ps: thanks kepada mereka yg bantu group kami dengan ajar cane tangkap gambar segala bagai. Sungguh, Allah je dapat balas. Thanks syawal! We owed you bro.. 😀😀😀💕

Final

Salam! Harini last exam. Moga Allah permudahkan. Doa yg baik baik saje. Neveshhh. Hmm assignment photography masih belum hantar. Semalam register utk sem depan. Apa barai bila tengok subject sem depan. Pehhh wa cakap lu. Pishang dan segala buah buahan aku nak sebut. Takpa, moga Tuhan bagi aku sabar dan kuat. Berhuhuhu aku semalam. Sekian. Ps: kadang Dia bagi ujian yg tepat utk bagi kita sedar. Kadang juga kegembiraan tu salah satu dugaan. 😀

Perubahan

Salam! Perubahan dari segi sikap  memang susah nak ubah. Aku ngaku tu. Kita nak suruh orang berubah, kita sendiri kena ubah sebab mana tau bila kita ubah, dia pun nak berubah. Jangan marah marah. Tempatkan diri awak kat orang yang selalu kena marah. Sah sah dia stress. Awak ingat dia nak berubah. Tegur cara baik kan boleh. Kawan memang kawan. Tapi jangan melebih lebih. Dia ada hak dia utk bersuara walaupun dia tu jenis tak bercakap. Enough said.. Sabarlah semua. Sabarlah diri. Sekian..

Kurang ajar

"Kurang ajar" bukan je utk orang muda. Orang tua juga kena noted. Everyone needs a respect. You don't know how to respect people, then how people can respect you easily. Quoter said life is simple so why not you live as that simple quote. Sama sama adil kan. Memang setiap masa orang yang lebih tua ni tak buat silap ke. Memang setiap masa orang yg lebih muda ni sentiasa buat silap ke. Betul, mintak maaf tak bermakna kita kalah. Atleast give us some respect. Tapi tu lah, apabila semua fikir mereka betul tanpa fikir perasaan orang lain dan memenangkan mereka itu sebab mereka hanya mendengar bukan selidik dengan benar. Yelah. Baiklah. Akur dengan typical thinking orang orang sediakala. Dan apabila mereka dengar ini semua mungkin ada sesetengah mereka kata "budak tak matang nak tulis macam ni" "budak budak pun masih nak tulis macam ni" "jaga sikit bahasa, respect aku ni haa" "fikir tu jauh sikit" hm.. Yeah right... Fikir jauh sikit denga